awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allanasons sokong dasar kuota 30 peratus import Bumiputra

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
21/09/2017
08:23 MYT
Allanasons sokong dasar kuota 30 peratus import Bumiputra
AFZAL: Malaysia adalah pasaran penting syarikat kami kerana menyumbang 10 peratus daripada jumlah jualan tahunan kami atau sebanyak AS$220 juta setahun.
Cadangan menetapkan kuota 30 peratus import daripada syarikat Bumiputra oleh kerajaan disokong beberapa syarikat gergasi antarabangsa, termasuk sebuah syarikat yang membekalkan daging kerbau terbesar dari India ke Malaysia, Allanasons Private Ltd.
Menurut Presiden Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Bahagian Pemprosesan Makanan Allana, Afzal Aziz, cadangan tersebut adalah baik dan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyokongnya.
"Malaysia adalah pasaran penting syarikat kami kerana menyumbang 10 peratus daripada jumlah jualan tahunan kami atau sebanyak AS$220 juta setahun.
"Syarat (30 peratus) itu sedang diteliti dan dijangka dapat dilaksanakan berikutan kelulusan kepada tujuh atau lapan pengeksport daging sudah hampir tamat tempohnya dan perlu diperbaharui.
"Kami mengamalkan dasar terbuka di mana sesiapa sahaja boleh mengimport daging dengan kami. Malah, kami juga tidak merasakan dasar baharu ini akan menjejaskan perniagaan Allana di sini.
Allana yang ditubuhkan pada tahun 1865 mula mengeksport daging ke Malaysia sejak tahun 1982 dan menguasai lebih 52 peratus jumlah eksport daging tersebut dalam pasaran Malaysia.
Malah, syarikat itu secara puratanya mengeksport lebih 52,000 tan metrik daging ke Malaysia setiap tahun dengan mensasarkan peningkatan 60,000 metrik tan menjelang 2018.
Topic Berkaitan
#Afzal Aziz
#Allana
#Allanasons Private Ltd
#daging kerbau
#kuota 30 peratus
#pengeksport daging
#syarikat Bumiputra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan