KUALA LUMPUR: AlphaCapital (M) Bhd (AlphaCapital) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Globalisasi Ktown Sdn Bhd (Globalisasi Ktown) bagi pelaburan jangka masa panjang sebanyak RM15 juta dalam usaha mengembangkan rangkaian restoran makanan Korea, K-Town Korean BBQ Grill House (K-Town) di peringkat lebih luas.
Jumlah pelaburan untuk tempoh lima tahun tersebut adalah bagi membuka lagi 10 buah cawangan baharu K-Town di pasaran tempatan serta luar negara selain meneroka sektor berpotensi lain seperti bidang makanan dan minuman (F&B) sebagai langkah mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan kumpulan.
Ketua Pegawai Eksekutif AlphaCapital, Syed Mahadzir Fadaak berkata, kedua-dua syarikat akan bekerjasama secara pegangan saham dengan pegangan individu masing-masing sebanyak 40 peratus (AlphaCapital) dan 60 peratus (Globalisasi Ktown).
“Sebanyak 10 rangkaian baharu akan dibuka di Malaysia dan kita akan kembangkan jenama ini ke pasaran luar negara, yang mana kesemuanya akan dikendalikan oleh AlphaCapital sendiri.
"Manakala pembiayaan persediaan termasuk hiasan kedai, penyewaan dan peralatan diuruskan sepenuhnya oleh Globalisasi Ktown.
“Kita turut memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM1.5 juta bagi cawangan pertama (menerusi kerjasama ini) di Bukit Jelutong, Shah Alam.
"Ia dijangka dibuka pada Julai ini dan bakal menjadi restoran terbesar K-Town di Malaysia,” katanya ketika majlis MoU di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) pada Jumaat.
Tambah beliau, selain cawangan di Bukit Jelutong, pihaknya merancang untuk membuka lagi tiga buah cawangan baharu di seluruh negara pada tahun ini.
Turut hadir Pengarah Globalisasi Ktown Sdn Bhd, Justin Choo.
Memorandum perjanjian kerjasama strategik tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Syariah dan Pematuhan AlphaCapital, Ahmad Yusoff Hamzah; Ketua Pegawai Operasi AlphaCapital, Andy Dhani; Pengarah Globalisasi Ktown, Justin Choo; dan Pengarah Urusan Globalisasi Ktown, Andy Goh.
K-Town yang merupakan restoran berasaskan gaya dan konsep reka bentuk Korea K Pop ini mula beroperasi pada November tahun lalu selain komited dalam membawa pelanggan di Malaysia merasai pengalaman menikmati makanan Korea dengan mengekalkan rasa autentik dari negara itu.
Dalam pada itu, menurut Justin, pihaknya turut merancang untuk membuka cawangan ketiga K-Town di Johor bagi memberi tumpuan kepada pasaran domestik.
“Cawangan sulung K-Town di Desa Pandan mendapat sambutan amat menggalakkan dan syarikat berjaya memperolah pulangan keuntungan dalam tempoh sebulan operasi.
“Selain di Malaysia, kita turut menyasarkan untuk menembusi pasaran luar negara dan merancang untuk memulakan operasi K-Town di Jakarta serta Sumatera, Indonesia pada tahun hadapan,” ujarnya pada majlis sama.
Pembukaan dan operasi K-Town yang pertama telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang besar dan keupayaan AlphaCapital dalam membuat pelaburan yang berpotensi tinggi.
Selain itu, pembukaan K-Town terbesar (cawangan Bukit Jelutong) di Malaysia oleh AlphaCapital dan Globalisasi K-Town bakal mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan di seluruh negara dan lebih 50 peluang pekerjaan di setiap cawangan, khususnya mereka di Selangor.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar menyokong penuh kolaborasi dan perkembangan perniagaan di antara kedua-dua buah syarikat ini.
Beliau yakin ia berpotensi menjadi sebuah model kepada perusahaan domestik, dan berharap K-Town Korean BBQ Grill House dapat menjadi perusahaan francais yang mampu mengembangkan perniagaannya ke luar negara pada masa hadapan.
Haikal Raman
Sun May 01 2022
Kedua-dua syarikat tersebut merancang untuk membuka sebanyak 10 rangkaian baharu K-Town di Malaysia dan pasaran luar negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
AlphaCapital labur RM15 juta, kembangkan pasaran jenama popular K-Town Korean BBQ Grill House
Sebanyak 10 rangkaian baharu K-Town akan dibuka di Malaysia dan syarikat merancang untuk mengembangkan jenama tersebut ke pasaran luar negara.