KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan semula kadar pengangguran pada tahap 3.3% seperti pada masa pra-pandemik.
AmInvestment Bank berkata, terdapat juga keperluan untuk melihat semula kadar pengangguran dan mereka yang bekerja di sektor tidak formal.
"Kadar pengangguran sepanjang tahun dijangka pada paras 4.4% tahun ini berbanding 4.8% sebelum ini berikutan pembukaan semula sektor ekonomi dan pasaran buruh yang terus pulih walaupun di tahap sederhana," katanya dalam nota kajian di sini hari ini.
Ujarnya, dengan kadar vaksin populasi dewasa melebihi 90% ketika ini, pihaknya menjangkakan ekonomi akan mula bergerak ke fasa endemik COVID-19 pada akhir Oktober.
"Ini akan membolehkan lebih banyak sektor dibuka semula dengan norma baharu COVID-19 yang dipraktikkan, sekaligus memperkuat prospek pertumbuhan dan pasaran buruh.
"Namun kita harus tetap berhati-hati. Ketidakpastian mengenai varian baharu COVID-19 dan prospek perniagaan boleh menjejaskan prospek pekerjaan," katanya.
Terdahulu kadar pengangguran menurun buat kali pertama pada Ogos selepas mencatatkan peningkatan pada dua bulan sebelumnya berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi pada bulan tersebut.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk pekerja meningkat sebanyak 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 15.38 juta orang pada Ogos berbanding 15.29 juta orang pada Julai, dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.2 mata kepada 65.2 peratus.
Kata beliau, bilangan penganggur menurun sebanyak 3.8 peratus kepada 748,800 berbanding 778,200 pada Julai.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Oct 12 2021

Kadar pengangguran menurun buat kali pertama pada Ogos selepas mencatatkan peningkatan pada dua bulan sebelumnya. - Gambar hiasan

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Bilangan penganggur dalam negara berkurang - Ketua Perangkawan
Jumlah itu berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding 687,600 orang pada Disember tahun lepas.

Kerajaan fokus sedia peluang pekerjaan, turunkan kadar pengangguran - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus memberikan fokus utama untuk menurunkan kadar pengangguran dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Keadaan tenaga buruh negara semakin baik, kadar pengangguran rendah mulai Dis 2021
Pandemik yang melanda ekonomi global untuk tahun kedua berturut-turut menghalang pemulihan pasaran buruh secara penuh dan seimbang.

Kenanga Research ramal kadar pengangguran turun kepada 3.9% tahun ini
Momentum pemulihan itu dilihat semakin baik pada 2022 dengan ekonomi negara semakin berkembang.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.2100/2130 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2090 pada Khamis.

Perak beri keutamaan atasi isu pengangguran
PASAK akan menganjurkan jelajah kerjaya di 12 daerah di Perak bagi memberi peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja.

Kadar pengangguran di Malaysia terus menurun pada September
Kedudukan tenaga buruh bertambah baik apabila bilangan tenaga kerja buruh terus meningkat.

Kadar pengangguran di Filipina meningkat 8.9 peratus pada September
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Filipina meningkat pada September iaitu sebanyak 4.25 juta berbanding 3.88 juta pada bulan sebelumnya.

Bajet 2022: Tangani cabaran pasaran pekerjaan berkemahiran tinggi
Pandemik yang melanda menjejaskan ekonomi sekaligus memberi kesan terhadap isu pengangguran.

Ambil masa untuk pulihkan kadar pengangguran ke tahap pra-pandemik
Terdapat keperluan untuk melihat semula kadar pengangguran dan mereka yang bekerja di sektor tidak formal.