awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasa sasar nilai eksport ke China RM74 juta bagi tahun pertama

Bernama
Bernama
16/08/2016
08:33 MYT
Angkasa sasar nilai eksport ke China RM74 juta bagi tahun pertama
Abdul Fattah: Usaha itu akan membuka peluang bagi usahawan koperasi mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi di negara China yang merupakan pasaran yang begitu besar. - Gambar fail
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan nilai eksport produk tempatan ke pasaran China mulai September ini sebanyak RM74 juta untuk tahun pertama.
Inisiatif itu akan dipelopori Koperasi Eksekutif Bersatu Putrajaya Berhad (KEBPB) di bawah naungan Angkasa, melalui eksport ke Urumqi di Wilayah Xinjiang, menurut Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah.
"Kita tidak mempunyai masalah dari segi produk kerana kita mempunyai pelbagai jenis produk makanan yang dikeluarkan koperasi tempatan, namun kajian lanjut masih perlu dilakukan untuk lebih memahami kehendak pasaran di sana," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KEBPB dan China International Investment Stock Ltd (CIIS) bagi tujuan pemasaran produk koperasi berkenaan ke Urumqi.
Abdul Fattah berharap usaha itu akan membuka peluang bagi usahawan koperasi mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi di negara China yang merupakan pasaran yang begitu besar.
Melalui MoU itu, CIIS akan menyediakan sebuah 'outlet' di Urumqi untuk memasarkan produk yang didatangkan dari Malaysia.
Katanya pasaran China bukan mudah untuk ditembusi, namun beliau yakin kerjasama yang terjalin dengan CIIS itu mampu memudahkan proses kemasukan produk koperasi Malaysia ke negara itu.
"Bagi usahawan yang berminat untuk memasarkan produk ke China, mereka boleh menjadi anggota koperasi terlebih dahulu dan produk mereka akan dieksport di atas nama koperasi," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Fattah Abdullah
#Angkasa
#Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
#KEBPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan