awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ant Group perkenal tujuh sistem e-wallet baharu Asia ke Tanah Besar China

Bernama
Bernama
20/09/2023
20:20 MYT
Ant Group perkenal tujuh sistem e-wallet baharu Asia ke Tanah Besar China
Ant Group secara rasmi mengalu-alukan tujuh e-dompet dan aplikasi pembayaran terkemuka baharu dari Asia ke Program AChina. - Gambar fail/Reuters/Yilei Sun
SINGAPURA: Ant Group secara rasmi mengalu-alukan tujuh e-dompet dan aplikasi pembayaran terkemuka baharu dari Asia ke Program "Alipay+-in-China" (A+China), menurut siaran akhbar Ant Group pada Selasa.
Pengguna mPay (Macao SAR, China), Hipay (Mongolia), Changi Pay (Singapura), OCBC (Singapura), Naver Pay (Korea Selatan), Toss Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand) akan dapat menggunakan aplikasi e-dompet berkenaan pada telefon pintar mereka untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih yang lancar di tanah besar China merentasi rangkaian Alipay.
Penambahan itu menjadikan jumlah aplikasi e-dompet luar negara yang diterima di tanah besar China kepada 10.
AlipayHK (Hong Kong SAR, China), Touch 'n Go eWallet (Malaysia) dan Kakao Pay (Korea Selatan) merintis program itu pada lewat 2022. Secara keseluruhan, kaedah pembayaran ini menjangkau populasi lebih 175 juta di Asia Tenggara dan Timur.
Pengguna e-dompet boleh menggunakan aplikasi pembayaran mereka sendiri di mana sahaja, untuk menikmati pembayaran yang selamat, lancar dan tanpa tunai serta kadar pertukaran yang telus dan kompetitif.
Satu set penyelesaian pembayaran mudah alih, pemasaran dan pendigitalan rentas sempadan yang dibangunkan oleh Alipay+, kumpulan perniagaan antarabangsa Ant Group, membolehkan rakan kongsi pembayaran menghubungkan pedagang global dan tempatan kepada pengguna digital rentas sempadan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#China
#Ant Group
#e-wallet
#pengguna digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan