KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), yang dibentangkan oleh kerajaan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, peruntukan tersebut yang diberikan kepada konsultan luar negara sewajarnya diberikan kepada pakar-pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan dalam menyiapkan Buku RMK-12.
"Saya difahamkan lima tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion (kepada konsultan luar). Jadi saya nak tanya, lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan Buku RMK-12 ini, mungkin sebahagiannya (kandungan kajian) kita boleh guna pakai.
"Tetapi saya masih yakin, maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara. Siapa boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara, bukan pakar-pakar konsultan luar," katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG RMK-12
Menerusi RMK-12, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion dalam RMK-12, selain menjangkakan ekonomi negara pulih dan mencapai pertumbuhan yang lebih kuat antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun setelah mengalami pergolakan pada akhir RMK-11 akibat pandemik COVID-19.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 28 2021
Anwar mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). - fotoBERNAMA
Faktor mekanikal, angin lintang, kecuaian penyebab lazim -Pakar
Pakar tidak menafikan tiga faktor utama berkemungkinan menjadi punca kepada nahas udara melibatkan dua buah helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat di Lumut, Perak pada pagi Selasa.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor tidak pernah menyangka kehilangan ibu pada usia 16 tahun.
Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai tengah hari Rabu
Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dijangka siap pada tengah hari Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.