KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurangan tersebut tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak dan akan berkuat kuasa pada Julai ini.
“Perubahan ini secara langsung akan mengurangkan kos urus niaga sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih berdaya saing.
“Saya yakin langkah ini akan merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya.
“Peningkatan kecairan pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia, sekali gus menggalakkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meneruskan tawaran awam permulaan (IPO) dan memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya di sini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian bagi Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Dewan Persidangan Suruhanjaya Sekuriti (SC), di ibu negara hari ini.
Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha menggalakkan niaga korporat dan memudahkan proses penyenaraian perlu dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan pasaran modal serta mencipta lebih banyak kekayaan untuk rakyat.
Kementerian Kewangan (MoF) dan SC, ujar Anwar, akan melihat dasar untuk memudahkan serta menarik penubuhan pejabat keluarga di Malaysia bagi menarik kumpulan pelabur yang lebih besar menyokong PKS dan ekonomi baharu.
Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan semua yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan inklusif dan mampan dalam ekonomi terbuka yang menghargai aliran kewangan bebas.
Bagi menggalakkan lagi pertumbuhan domestik, beliau berkata Kabinet akan mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan dan memudahkan kelulusan perniagaan seperti permohonan untuk ekspatriat mahir.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 19 2023

Anwar berkata pengurangan tersebut tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak dan akan berkuat kuasa pada Julai ini. - Gambar fail

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.

Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.

Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.

A.S. Memilih: Pasaran saham utama catat peningkatan, Bitcoin cecah paras tertinggi
Bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar diramal untuk melonjak pada kadar harian tertinggi dalam temoh empat tahun.

Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.

Saham 99 Speed Mart naik 12 peratus selepas IPO
Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd naik 12 peratus di hari pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini, disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter pembinaan, telekomunikasi, utiliti dan tenaga.

Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.

Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.