awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
[TERKINI] Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
26/12/2025
07:08 MYT
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
Hussein (foto) berkata, operasi itu dijalankan susulan penahanan enam suspek termasuk tiga wanita dalam Op Gaharu 1.0 yang dilaksanakan pada 16 Disember lalu. -Gambar fail/Bernama
SEMENYIH : Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan rampasan dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, pada 21 Disember lalu.

Ringkasan AI
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa di Lembah Klang dengan rampasan dadah bernilai RM1.04 bilion melalui Operasi Gaharu 2.0, susulan penahanan enam suspek termasuk tiga wanita dalam Operasi Gaharu 1.0 sebelum ini.
  • Sindiket ini diketuai oleh warga Asia Timur yang membawa masuk ahli kimia dan bahan prekusor dari luar negara, serta menggunakan koordinator dan ahli sindiket tempatan untuk memproses dadah. Operasi melibatkan serbuan di beberapa premis termasuk Taman Industri Selasa Jaya dan Taman Perindustrian Kepong dengan rampasan dadah seberat 6,212 kilogram yang boleh merosakkan kira-kira 20.7 juta pengguna.
  • Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara lain termasuk Interpol untuk menjejaki dan menahan baki ahli sindiket, termasuk dalang utama. Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak Januari lalu dan merupakan salah satu daripada sindiket terbesar yang pernah ditumpaskan dengan rampasan dadah bernilai RM2.6 bilion.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu dijalankan susulan penahanan enam suspek termasuk tiga wanita dalam Op Gaharu 1.0 yang dilaksanakan pada 16 Disember lalu.
“Siasatan mendapati sindiket ini didalangi warga Asia Timur yang membawa masuk ahli kimia dan bahan prekusor dari luar negara, selain menggunakan koordinator serta ahli sindiket tempatan bagi memproses dadah,” katanya.
Hussein berkata demikian pada sidang media di Balai Polis Semenyih, Jumaat.
Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan di Taman Industri Selasa Jaya, Seri Kembangan dengan rampasan cecair disyaki dadah Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) seberat 5,983.36 kilogram serta serbuk putih disyaki MDMA seberat 207.74 kilogram.
Menurutnya, hasil serbuan tersebut membawa kepada satu lagi operasi di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong yang menyaksikan rampasan serbuk disyaki dadah kokain seberat 20.273 kilogram dan ketamin seberat 1.252 kilogram.
Hussein berkata, sindiket berkenaan turut menyewa sebanyak 14 premis termasuk empat kilang dengan kadar sewaan antara RM6,000 hingga RM10,000 sebulan bagi tujuan memproses dan menyimpan dadah.
Katanya, keseluruhan rampasan membabitkan dadah seberat 6,212 kilogram yang dianggarkan mampu merosakkan kira-kira 20.7 juta pengguna.
“Sindiket ini dipercayai menggunakan Malaysia sebagai pusat pemprosesan sebelum dadah diedarkan ke beberapa destinasi luar negara termasuk Hong Kong dan Australia,” katanya.
Tambah beliau, polis akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa negara terlibat serta Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki dan menahan baki ahli sindiket termasuk dalang utama.
Hussein berkata, sindiket itu dipercayai mempunyai lebih 12 ahli dan telah beroperasi sejak Januari lalu.
“Rangkaian sindiket yang ditumpaskan pada 16 dan 21 Disember membabitkan rampasan keseluruhan sebanyak 24.7 tan dadah bernilai kira-kira RM2.6 bilion dan ini boleh dikategorikan sebagai antara sindiket terbesar pernah ditumpaskan,” katanya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sindiket yang berjaya dilumpuhkan oleh PDRM dalam Operasi Gaharu 2.0 baru-baru ini? A: Sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur.
  • Q: Berapakah nilai dadah yang berjaya dirampas dalam operasi tersebut? A: Dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion.
  • Q: Apa yang didedahkan oleh siasatan PDRM mengenai sindiket tersebut? A: Sindiket tersebut membawa masuk ahli kimia dan bahan prekusor dari luar negara, juga menggunakan koordinator serta ahli sindiket tempatan bagi memproses dadah.
  • Q: Berapakah anggaran jumlah pengguna yang mungkin dirosakkan oleh dadah yang dirampas? A: Kira-kira 20.7 juta pengguna.
  • Q: Apa langkah selanjutnya yang akan diambil oleh pihak berkuasa berkenaan dengan sindiket dadah ini? A: Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara terlibat dan Interpol bagi menjejaki serta menahan baki ahli sindiket termasuk dalang utama.

Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#JSJN
#dadah MDMA
#sindiket dadah antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan