Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) gembira apabila Kementerian Kesihatan faham bagaimana kos perkhidmatan swasta akan meningkat apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April nanti.
Presidennya Dato’ Dr Jacob Thomas berkata ia adalah satu langkah positif daripada kerajaan memandangkan sektor swasta akan lebih banyak mengambil bahagian untuk bekerjasama dengan kerajaan pada masa hadapan.
“Hospital swasta sedikit kompleks. Secara umum, kebanyakan doktor di hospital swasta adalah perunding bebas. Mereka bukan pekerja hospital swasta namun mereka mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan hospital tersebut. Ia berlainan dengan pegawai perubatan di hospital awam di mana mereka adalah pekerja di hospital itu sendiri.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menganggap perkhidmatan kesihatan profesional seperti doktor pakar, pengamal perubatan yang bekerja di hospital swasta sebagai perkhidmatan ‘oursourced’ dan servis mereka akan dikenakan cukai enam peratus yang akan dibayar pengguna rawatan nanti,” tambahya kepada Astro AWANI.
Jacob berkata disebabkan perkara inilah beliau memberi peringatan kepada orang ramai supaya bersedia membayar tambahan sebanyak lima peratus kepada perkidmatan hospital swasta apabila GST dilaksanakan
“Sebagai sebuah persatuan yang mewakili hospital swasta, kami sudah mengadakan beberapa sesi rundingan dan perbincangan bersama (JKDM) dan Kementerian Kewangan mengenai isu dan implikasi perkhidmatan kesihatan yang diberikan daripada golongan profesional perkhidmatan kesihatan sebagai perkhidmatan ‘outsourced’.
“Namun, rayuan kami kepada kerajaan supaya perkhidmatan kesihatan hospital swasta dan perkhidmatan kesihatan swasta dikecualikan daripada GST telah ditolak,” tambah beliau.
Beliau berkata mereka yang menggunakan perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta akan mendapat dua invois yang berlainan iaitu fasilti perkhidmatan swasta (dikecualikan GST) dan perkhidman kesihatan daripada profesional (dikenakan enam peratus GST).
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Ser Dr. Subramaniam mengesahkan kos perkhidmatan kesihatan swasta akan meningkat selepas GST dilaksanakan namun perincian kadar masih dalam perbincangan bersama Jabatan Kastam.
Subramaniam berkata dalam satu media, tiada keputusan muktahir diputuskan namun beliau tidak menafikan peningkatan kos itu.
Beliau memberi kenyataan itu sebagai maklum balas kepada Jacob yang memberi peringatan kepada orang ramai supaya bersedia untuk membayar caj tambahan lima peratus selepas GST dilaksanakan selepas mendakwa Jabatan Kastam tidak mahu mengecualikan cukai doktor swasta yang bekerja di hospital swasta.
Beliau telah menekankan perkara ini kepada agensi GST, sebagai satu “masalah khusus”.
"Kami juga sudah menjelaskan perkara ini kepada agensi GST dan APHM juga telah melakukan perkara yang demikian jadi kita perlu tunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam,” kata Subramaniam.
Pada 25 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Mariah Ahmad
Thu Dec 18 2014
JACOB : Mereka yang menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta akan menghadapi dua invois yang berlainan iaitu fasilti perkhidmatan swasta (dikecualikan GST) dan perkhidman kesihatan daripada professional (GST). - Foto The Prospect Group
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
KKM pertimbang benar pengambilan jururawat terlatih dari luar negara
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menimbangkan permintaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk membenarkan pengambilan jururawat terlatih dari luar negara.
Hospital swasta nafi guna Ivermectin rawat pesakit COVID-19
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menegaskan pihaknya tidak menggunakan Ivermectin, iaitu ubat jenis antiparasit untuk merawat pesakit COVID-19.
Rujuk pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta - APHM
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap doktor di hospital kerajaan tidak lagi berlengah dalam merujuk pesakit bukan COVID-19 mereka ke hospital swasta.
Hospital swasta tidak dapat terima lagi pesakit COVID-19 - APHM
Semua katil yang disediakan di wad COVID-19 dan juga wad pengasingan di unit rawatan rapi (ICU) telah dipenuhi.
Hospital swasta mohon kebenaran dapat vaksin dari sumber lain
Hospital swasta bersedia memperoleh vaksin daripada sumber lain bagi membantu kerajaan mencapai imunisasi kelompok lebih cepat.
Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan, infrastruktur untuk terima pesakit COVID-19 - Persatuan
Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan serta kapasiti infrastruktur sebelum dapat menerima dan merawat pesakit COVID-19.
COVID-19: Hospital swasta sediakan 65 ventilator untuk KKM - APHM
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, APHM berkata anggota hospitalnya secara kolektif menyediakan 900 katil dari 70 hospital swasta bagi menerima pesakit daripada hospital awam.
APHM gembira Kem. Kesihatan faham GST beri kesan kepada hospital swasta
Presidennya Dato Dr Jacob Thomas berkata ia adalah satu langkah positif daripada kerajaan memandangkan sektor swasta akan lebih banyak mengambil bahagian untuk bekerjasama dengan kerajaan