awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
Banjir Sarawak: 1,603 mangsa masih berlindung di sembilan PPS pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M keletihan, sedang berehat di IJN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/07/2025
06:18 MYT
Tun M keletihan, sedang berehat di IJN
Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya. - Foto pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Keletihan Selepas Aktiviti Sambutan Hari Lahir: Tun Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi, susulan menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99.
  • Aktif Walaupun Berusia 100 Tahun: Beliau tiba seawal 7.45 pagi dan sempat mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya sebelum berasa letih dan meninggalkan majlis sekitar jam 10 pagi.
  • Keadaan Stabil dan Dijangka Keluar IJN Menurut pembantu beliau, keadaan Tun Mahathir adalah baik dan beliau hanya diminta berehat. Beliau dijangka keluar dari IJN pada petang yang sama.

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff kepada Astro AWANI sebentar tadi.
Menurut Sufi, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.
“Ya, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.
“Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.
Sufi menambah, Dr Mahathir yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100, dijangka keluar dari IJN pada petang ini.
Terdahulu, Dr Mahathir hadir program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#sedang berehat
#IJN
#keletihan
#100 tahun
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan