awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2022
00:30 MYT
Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Aramex membeli 10 buah motosikal baharu, dijenamakan semula dengan logo syarikat, bertujuan meningkatkan usaha memberikan perkhidmatan yang pantas dan cekap kepada komuniti. - Foto Aramex
PETALING JAYA: Perkhidmatan kurier kini menjadi antara perniagaan yang semakin berkembang di Malaysia dan Aramex Malaysia teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya.
Terkini, syarikat itu membeli 10 buah motosikal baharu, dijenamakan semula dengan logo Aramex, bertujuan meningkatkan usaha memberikan perkhidmatan yang pantas dan cekap kepada komuniti.
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.
Aramex Malaysia pada Jumaat turut melancarkan program Ride-2-Own, di mana penghantar yang berkhidmat dengan syarikat itu akan memiliki motosikal tersebut selepas tiga tahun bekerja.
Inisiatif terbaharu itu adalah untuk menggalakkan pekerja lebih berdedikasi, fokus serta membolehkan mereka menjadi faktor penyumbang kepada objektif perniagaan syarikat.
Pengurus Aramex Malaysia Brian Yeo berkata, usaha itu juga adalah untuk memperkasakan semangat keusahawanan dalam kalangan pekerja supaya mereka dapat terus menyumbang kepada keperluan masyarakat.
Semua motosikal tersebut diserahkan kepada penunggang, yang turut menjalinkan perjanjian yang disepakati bersama, dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat syarikat itu di Petaling Jaya.
Ditubuhkan pada 1982, Aramex berkembang pesat menjadi jenama global yang diiktiraf untuk perkhidmatan logistik dan penawaran pelbagai produk yang inovatif.
Hari ini, Aramex mempunyai lebih 13,900 orang pekerja di lebih 354 lokasi di 60 negara dan mempunyai rangkaian kukuh di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#ARAMEX
#Perkhidmatan Kurier
#keusahawanan
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan