awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi

Bernama
Bernama
31/12/2025
23:30 MYT
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Mohd Ali (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Pelancongan Negeri Melaka kepada Siti Nurhaliza (dua, kiri) pada majlis di Klebang, Melaka, 31 Dis 2025. Turut hadir, Ab Rauf (dua, kanan). --fotoBERNAMA
MELAKA: Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin melangkah ke tahun baharu 2026 dengan menerima pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka, malam tadi.
Meluahkan rasa syukur dan terharu, penyanyi tersohor negara itu menyifatkan anugerah berkenaan sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya serta menyumbang kepada pemerkasaan seni, budaya dan pelancongan negeri bersejarah itu.
"Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Melaka atas pengiktirafan ini.
"Jika ada peluang dan jemputan, insya-Allah saya tiada masalah untuk terlibat, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan lagu berunsur tradisional dan kempen yang memartabatkan identiti Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0, serta Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas yang berlangsung di Encore Melaka, Klebang, di sini, malam tadi.
Sementara itu ketika mengulas mengenai lagu Senandung Anak Melaka yang kini menjadi siulan ramai, Siti Nurhaliza berkata beliau terbuka untuk terus menghulurkan kerjasama dalam usaha mempopularkan lagu-lagu tradisi pada masa hadapan.
"Menarikkan lagu itu dan insya-Allah jika ada lagu baharu, saya tiada masalah untuk mempopularkannya. Lagu ini memang sudah sedap," katanya.
Pada majlis sama pencipta lagu tema TMM berjudul Senandung Anak Melaka Mohd Fauzi Mohammad yang dinyanyikan oleh Yasser Fikri, turut menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pemerkasaan Seni Tradisional Melaka.
Sementara itu Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Datuk Fan Bingbing menerima Anugerah Ikon Diplomasi Budaya Antarabangsa Melaka, atas peranan signifikan beliau dalam memperkukuh jaringan promosi budaya dan pelancongan negeri itu pada peringkat global.
Kesemua anugerah berkenaan disampaikan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan tokoh-tokoh terbabit, dalam mempromosikan Melaka sepanjang tempoh Tahun Melawat Melaka yang bermula pada 2024 hingga kini.
Anugerah disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Lebih 40,000 pengunjung turut membanjiri Encore Melaka, bagi menyaksikan persembahan istimewa Biduanita Negara itu, sekali gus menambah kemeriahan sambutan ambang tahun baharu di negeri bersejarah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#lagu tradisi
#Ikon Seni dan Budaya Melaka
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan