KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM368.15 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023.
PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan pendapatan tersebut adalah bersamaan 5.00 sen seunit untuk 312,476 pemegang unit yang kini memiliki 7.36 bilion unit.
"Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.76 peratus sebanyak 224 mata asas," katanya.
Setakat 26 Jun 2023, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM346.41 juta.
Pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa
Ekuiti domestik dan antarabangsa merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan masing-masing sebanyak 41.46 peratus dan 29.75 peratus daripada keseluruhan portfolio, katanya.
"Prestasi dan keupayaan dana untuk menjana pendapatan adalah hasil strategi pelaburan yang berkesan, kepelbagaian portfolio dan pemantauan berwaspada terhadap arah aliran pasaran dan keadaan ekonomi
"Dengan menguruskan risiko dan memastikan pulangan yang mampan, dana ini telah dapat menyediakan pertumbuhan jangka panjang untuk pemegang unitnya. Pemantauan prestasi berkala, ditambah dengan pengurusan risiko yang proaktif telah membolehkan ASB 3 Didik memberikan pulangan kompetitif secara konsisten," kata kenyataan itu.
PNB berkata urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 27 hingga 30 Jun 2023 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh melakukan urus niaga semula di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Julai 2023 atau di mana-mana cawangan/ejen ASNB di seluruh negara pada 3 Julai 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
ASNB hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM368.15 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. - Gambar fail
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
MSAM 2023: Peluang dalami ilmu pelaburan dan menang sebuah rumah
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 menjadi medan terbaik untuk orang ramai khususnya di utara tanah air mendalami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan.
ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.
ASB 3 Didik isytihar pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit
ASNB hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM368.15 juta untuk dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik).
PNB umum agihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen
Pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.60 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
Berapa dividen ASB? Nantikan pengumuman 11 pagi ini!
Difahamkan, tiada sidang media dilakukan sebaliknya pengumuman tersebut hanya menerusi kenyataan media.
ASNB umum agihan pendapatan ASM 3 sebanyak 3.75 sen seunit
ASNB turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan ASM 3 berjumlah RM573.66 juta.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASNB tangguh sementara urus niaga, perkhidmatan bermula 4 hingga 7 Jun
Penangguhan sementara itu disebabkan oleh pemindahan sistem operasinya ke sistem baharu, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelabur.