awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC kecam serangan Israel ke atas sekolah tempatkan penduduk Gaza hilang tempat tinggal

Bernama
Bernama
21/12/2025
15:50 MYT
OIC kecam serangan Israel ke atas sekolah tempatkan penduduk Gaza hilang tempat tinggal
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya jenayah berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya jenayah berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan terbaharu ke atas sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang hilang tempat tinggal, yang mengorbankan tujuh rakyat Palestin dan mencederakan puluhan orang awam, dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
OIC mengulangi gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya memikul tanggungjawab dengan menamatkan semua jenayah dan pelanggaran yang dilakukan oleh Israel, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Ia turut menggesa supaya gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan dilaksanakan, selain memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan tanpa halangan, serta menjamin pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
OIC juga menekankan keperluan untuk mengaktifkan mekanisme keadilan jenayah antarabangsa bagi memburu dan mempertanggungjawabkan semua pegawai Israel yang terlibat dalam melakukan jenayah berat berkenaan, serta memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kerjasama Islam OIC
#kecam serangan Israel
#Gaza
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami