awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN digesa manfaatkan kerjasama industri EV bagi pertingkat dagangan intra - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
28/10/2023
00:00 MYT
ASEAN digesa manfaatkan kerjasama industri EV bagi pertingkat dagangan intra - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, industri EV dapat memberi peluang kepada negara anggota untuk bekerjasama serta menyertai ekosistem rantaian bekalan EV. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kalangan anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mampu memacu perdagangan intra rantau berkenaan menerusi kerjasama dalam industri kenderaan elektrik (EV).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini berikutan industri EV dapat memberi peluang kepada negara anggota untuk bekerjasama serta menyertai ekosistem rantaian bekalan EV.
"ASEAN mempunyai penduduk jumlah penduduk melebihi 680 juta atau kira-kira 8.5 peratus daripada bilangan penduduk global.
"Sebagai blok ekonomi kelima terbesar dunia dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.2 trilion, saya percaya Malaysia serta 10 negara anggota lain ASEAN dan pertubuhan itu secara keseluruhannya, mampu meraih kejayaan," kata beliau di Bernama TV, pada Jumaat.
Pelaburan dalam industri EV mencecah RM26.2 bilion ringgit (AS$5.4 bilion) bagi tempoh 2018 hingga Mac 2023 manakala bilangan EV meningkat kepada lebih 7,500 unit setakat September 2023 daripada lebih 3,400 unit, tahun lepas.
Menurut laporan, ASEAN berjaya menarik pelaburan berkaitan EV bernilai AS$2.1 bilion pada 2019 dan seterusnya meningkat kepada AS$5.5 bilion pada 2020.
Aliran masuk pelaburan EV ke dalam ASEAN pula mencecah AS$2.7 bilion pada 2021 dan pada tahun berikutnya pelaburan sektor e-mobiliti Asia Tenggara meningkat kepada AS$18.1 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri EV
#kenderaan elektrik
#ASEAN
#Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan