KUALA LUMPUR: Malaysia, Singapura dan negara ASEAN lain sewajarnya bekerjasama lebih erat bagi menarik pelaburan yang tepat untuk keseluruhan rantau itu mempertingkatkan perdagangan intra-ASEAN di samping membariskan kepimpinan ekonomi yang kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia mula menyusun strategi untuk peranan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 dan dalam masa sama menyokong Laos yang melaksanakan tanggungjawab pengerusi bagi 2024.
"Agenda kami akan jelas dan penuh tekad, dan juga mendapatkan sokongan daripada negara penting Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan untuk kemajuan rantau ini.
"Pada masa sama, perlu diakui bahawa kestabilan adalah aspek melibatkan kewajipan bersama. Kami telah melaksanakan banyak perkara dan akan melakukan lebih banyak lagi dalam membina semula kebolehpercayaan terhadap Malaysia, dari segi politik dan ekonomi," katanya semasa berucap pada sesi S Rajaratnam Endowment Dialogue di Singapura pada Khamis.
Tengku Zafrul turut memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited untuk bekerjasama dengan rakan sejawat di Singapura bagi memastikan pelbagai usaha dua hala direalisasikan selain memperkukuh jalinan perniagaan-kepada-perniagaan dan rakyat-kepada-rakyat secara amnya.
"Akan ada, sudah pasti, banyak peluang untuk kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
"Satu-satunya hal yang membataskan adalah imaginasi dan ketersediaan kita untuk bekerjasama," katanya.
Beliau berkata semua hubungan dua hala dan pelbagai hala, termasuk dengan Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan negara ASEAN lain memerlukan tumpuan dan usaha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
TENGKU ZAFRUL: Agenda kami akan jelas dan penuh tekad, dan juga mendapatkan sokongan daripada negara penting Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan untuk kemajuan rantau ini. - Gambar fail/BERNAMA
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
ASEAN perlu manfaatkan geo-ekonomi, lonjakkan perdagangan, pelaburan serantau - Tengku Zafrul
Malaysia mula menyusun strategi untuk peranan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 dan menyokong Laos sebagai pengerusi bagi 2024.