KUALA LUMPUR: Di sebalik cabaran pandemik COVID-19, aset kewangan kasar bagi isi rumah di Asia (kecuali Jepun) meningkat 12.7% pada 2020, lebih pantas berbanding tahun sebelumnya sebanyak 9.8%, demikian menurut Laporan Kekayaan Global Allianz 2021.
Kesemua kelas aset menyaksikan kenaikan kadar pertumbuhan 2 digit, dengan deposit bank berkembang 12.3% diikuti sekuriti (13.9%) dan insurans dan pencen (11.4%).
Bagi Malaysia, laporan itu menunjukkan kadar pertumbuhan aset kewangan kasar bagi isi rumah meningkat sebanyak 7.3% mencecah 18,240 euro (RM87,776) per kapita menjelang akhir tahun ini.
Ia didorong peningkatan sekuriti sebanyak 10.6% manakala insurans hayat dan aset dana pencen masing-masing berkembang 7.4% dan 4.2%.
Hasilnya, ia menyaksikan bahagian insurans hayat dan aset dana pencen bagi portfolio isi rumah meningkat hampir 40% manakala deposit dan sekuriti masing-masing sekitar 30%.
Dari segi kedudukan aset kewangan bersih per kapita, Malaysia berada di kedudukan keenam di Asia di belakang China dan ke-37 di peringkat global.
Menurut Ketua Ekonomi Allianz, Ludovic Subran di dalam laporan berkenaan, kebanyakan isi rumah sebenarnya tidak membuat simpanan tetapi hanya meletakkan duit mereka di satu tempat.
Malah, beliau menyifatkan, semua wang yang terbiar di akaun bank adalah peluang yang disia-siakan, sebaliknya mereka perlu memanfaatkannya dengan melabur untuk persaraan dan peralihan hijau yang membolehkan komuniti mampu berdepan perubahan dari segi iklim dan demografi.
"Kebimbangan saya adalah apabila isi rumah mula terlibat dalam aktiviti pelaburan wang atau menjual emas dan sebagainya (dishoard), dengan wang itu akan berakhir sebagai perbelanjaan lepas geram yang hanya mendorong kepada berlakunya inflasi.
"Oleh itu, kita amat memerlukan satu bentuk 'budaya menyimpan' yang baharu dalam kalangan isi rumah," katanya.
Allianz menerbitkan laporan tersebut buat edisi ke-12 untuk meninjau kedudukan aset dan hutang isi rumah di hampir 60 buah negara di bawah mikroskop.
Meskipun berdepan cabaran hebat akibat krisis COVID-19, ia mendapati aset kewangan global meningkat sebanyak 9.7% pada 2020, mencecah paras sehingga 200 trilion euro buat kali pertama.
Laporan itu menunjukkan simpanan adalah pemacu utama memandangkan perintah sekatan secara drastik mengurangkan penggunaan, sekali gus membawa kepada fenomena 'terpaksa simpan'.
Simpanan baharu melonjak sehingga 78% kepada 5.2 trilion euro pada tahun lalu. Buat kali pertama, simpanan bank di seluruh dunia meningkat 2 digit sebanyak 11.9% berbanding 8% yang direkodkan ketika krisis kewangan 2008.
Aset kelas sekuriti pula meningkat 10.9% manakala insurans dan aset dana pencen pula menyaksikan perkembangan yang lemah, meningkat 6.3%.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Oct 13 2021
Laporan itu menunjukkan simpanan adalah pemacu utama memandangkan perintah sekatan secara drastik mengurangkan penggunaan, sekali gus membawa kepada fenomena 'terpaksa simpan'. - Foto ALLIANZ
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Aset kewangan kasar isi rumah Malaysia meningkat 7.3% - Laporan Allianz
Kesemua kelas aset menyaksikan kenaikan kadar pertumbuhan 2 digit, dengan deposit bank berkembang 12.3% diikuti sekuriti (13.9%).