awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS

Bernama
Bernama
26/12/2025
16:18 MYT
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
Amaran berkenaan melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lembangan Sungai Golok. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Beberapa kawasan rendah di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap bahaya yang akan menyebabkan peningkatan paras sungai.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan amaran berkenaan melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lembangan Sungai Golok.
Kawasan yang dijangka terjejas di Pasir Mas termasuk Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To'Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Padang Kijang, Tasik Cina, pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.
"Di jajahan Tumpat pula, kawasan terlibat merangkumi Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan," menurut kenyataan itu.
PRABN JPS memaklumkan banjir yang diramalkan berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan dan penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana.
"Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi banjir melalui laman sesawang Public Info Banjir atau saluran media sosial rasmi berkaitan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#amaran
#JPS
#Sungai Golok
#Pasir Mas
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan