KUALA LUMPUR: Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion (AS$1=RM4.60) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$601.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.
Ia turut memberi panduan mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang, menurut bank pusat itu.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$16.15 juta.
"Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.
"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$22.99 bilion pada akhir April 2023, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya.
BNM berkata sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Katanya unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.23 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Katanya satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$371.0 juta.
"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen serta tidak mempunyai kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion (AS$1=RM4.60) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$601.3 juta, menurut BNM. -Gambar fail/Bernama
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.

Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib - Penganalisis BNM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa lebih GBP9.45 juta wang pinjaman 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Polis minta MCMC, CSM jejak sumber e-mel ancaman bom di Bank Negara
Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security Malaysia bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara.

Polis nafi ancaman bom di Bank Negara Malaysia - Ketua Polis KL
Polis Kuala Lumpur menafikan satu ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.

Kewangan Islam perlu buka inovasi untuk transformasi ekonomi, kemampanan - BNM
Sektor kewangan Islam perlu membuka inovasi yang memberi kesan besar untuk transformasi ekonomi dan kemampanan serta menggandakan kewangan berasaskan nilai bagi melahirkan impak yang lebih ketara.

OPR dijangka kekal 3.00 peratus sehingga 2024 - BMI
Unjuran tersebut didorong oleh inflasi tahun ke tahun yang mereda kepada dua peratus pada Julai 2023 berbanding 2.8 peratus pada Mei.

RUU Tanggungjawab Fiskal dibentang Oktober ini
Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah sebulat suara bersetuju mengenai kepentingan dan kesegeraan untuk membentangkan Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal (FRA) di Parlimen pada Oktober ini.

OPR kekal tiga peratus sesuai pertumbuhan ekonomi semasa - Prof Irwan Shah
Ia disifatkan membentuk persekitaran kondusif sejajar usaha negara mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi 4 peratus tahun ini.

BNM kekal OPR pada 3 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

TNG Digital amalkan akauntabiliti kendiri, komited patuh standard BNM
TNGD akan terus bekerjasama dengan BNM, mematuhi protokol serta mengamalkan akauntabiliti kendiri pada tahap tertinggi.

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan itu di paras 4.6450/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6445/6485, pada akhir urus niaga Jumaat.