awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang

Bernama
Bernama
26/12/2025
13:45 MYT
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Ulu Sat, Machang petang tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Ulu Sat, Machang petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang Ahmad Alfarra Mohamad Zain berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.33 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.
"Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan dengan anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar sungai berkenaan sejauh satu kilometer bagi mengesan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ahmad Alfarra berkata sebanyak lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Pengkalan Chepa turut digerakkan bagi membantu operasi berkenaan.
"Operasi ditangguhkan pada 7.47 malam tadi dan akan bersambung semula 8 pagi esok," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#dikhuatiri lemas
#machang
#Sungai Ulu Sat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan