KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion (AS$1=RM4.24) pada akhir Disember 2022 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.40 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat berkata, berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah AS$16.94 bilion.
"Kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$26.39 bilion pada Disember 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut BNM, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.25 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang, katanya.
Bank pusat menjelaskan, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$378.50 juta.
"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Disember 2022 tetap boleh guna.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.40 juta. - Fail/BERNAMA

Pantau Agenda Reformasi: Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori
Pantau Agenda Reformasi kali ini membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin.

Potensi terajui bidang kelestarian kawasan Tropika
Kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta Singapura dan Malaysia boleh meletakkan kedua-dua negara berkenaan sebagai peneraju dalam usaha kelestarian, terutamanya di kawasan tropika. Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Desmond Lee, mengalukan penyertaan syarikat luar, termasuk dari Malaysia terlibat dalam Plan Induk Bangunan Hijau 80-80-80, yang merupakan sebahagian daripada aspirasi Singapura ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Inflasi Malaysia kekal pada 3.7 peratus pada Februari
Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes luar mahkamah
Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah.

Dua saksi beri keterangan, pengalaman dalam kem tahanan
Dua orang saksi Uyghur memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan di Kongress Amerika Syarikat mengenai kezaliman yang berlaku dalam kem tahanan Uyghur di China.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir disember 2022 - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir Disember 2022 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.40 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).