awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Bernama
Bernama
23/12/2025
09:41 MYT
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini menegaskan, keadaan di Gaza kekal menyedihkan dan keperluan kemanusiaan sangat mendesak. - Reuters
ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Selasa menyatakan rakyat Palestin di Genting Gaza terus bergelut dengan keadaan kemanusiaan yang meruncing, yang masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan selama lebih dua bulan, lapor Agensi Anadolu.
"Di Gaza, keadaan kekal menyedihkan dan keperluan kemanusiaan sangat mendesak. Keluarga-keluarga terus menderita akibat kekurangan bekalan yang teruk dan kemusnahan yang meluas," kata agensi itu dalam satu kenyataan di platform X.
Memetik laporan terbaharu Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), kenyataan itu mendedahkan seramai 1.6 juta orang kini berdepan masalah ketidakjaminan makanan yang akut di wilayah berkenaan.
"Gaza kekal dalam krisis kebuluran buatan manusia," kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini, seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.
Agensi itu menegaskan bahawa pasukannya, yang juga merupakan mangsa perpindahan, masih bekerja di lapangan bagi menyokong keluarga-keluarga yang terjejas.
Perjanjian gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 10 Oktober di Semenanjung Gaza bagi menamatkan perang genosid oleh Israel selama dua tahun yang telah mengorbankan hampir 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, secara purata hanya 244 trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki wilayah itu setiap hari, berbanding 600 trak sehari yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
Demikian juga bagi purata jumlah trak bahan api yang tidak melebihi lima buah sehari, walaupun sekurang-kurangnya 50 trak bahan api ditetapkan di bawah perjanjian itu. Ini menunjukkan kadar pematuhan keseluruhan tidak melebihi 41 peratus.
Pejabat itu turut melaporkan sebanyak 875 pelanggaran gencatan senjata telah dilakukan oleh tentera Israel, yang mengakibatkan kematian 411 orang dan kecederaan kepada 1,112 yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#Palestin
#kebuluran
#Kemusnahan
#gencatan senjata
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan