awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025 - BNM

Bernama
Bernama
30/09/2025
13:00 MYT
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025 - BNM
Menurut BNM kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$21 bilion pada akhir Ogos 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat menjelaskan mengikut format "Special Data Dissemination Standard" (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk 12 bulan akan datang.
"Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Ogos 2025 tetap boleh guna," menurut BNM dalam kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan Ogos 2025 yang dikeluarkan pada Selasa.
Bank pusat memaklumkan bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing adalah berjumlah US$14.75 bilion.
Aliran keluar jangka pendek itu termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing, tambah bank pusat.
Menurut BNM kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$21 bilion pada akhir Ogos 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
"Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek. Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.73 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang," jelas BNM.
Bank pusat memaklumkan satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$417.1 juta.
Aliran itu tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain, jelas bank pusat.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," menurut bank pusat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#mata wang asing
#rizab antarabangsa
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan