awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
Parlimen harus perkukuh RUU Anti Lompat Parti untuk elak khianat mandat rakyat - Ronald Kiandee
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM

Bernama
Bernama
08/01/2026
20:15 MYT
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Mohd Uzir berkata BE 2026 adalah peluang terbaik untuk kerajaan menilai semula data ekonomi negara dalam merencana bantuan kepada peniaga mikro dan kecil termasuk dalam sektor informal. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Fasa pertama Banci Ekonomi (BE) 2026 yang sedang berlangsung ketika ini memberi fokus kepada sektor informal termasuk perusahaan berskala kecil, mikro dan perniagaan dalam talian yang semakin berkembang pesat, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ringkasan AI
  • Fasa pertama Banci Ekonomi (BE) 2026 menumpukan kepada sektor informal termasuk perusahaan berskala kecil dan mikro, serta perniagaan dalam talian yang pesat berkembang.
  • BE 2026 dilaksanakan dalam tiga fasa yang melibatkan entiti perniagaan sebanyak 1.34 juta di seluruh negara, dengan tujuan merencana bantuan kepada peniaga mikro dan kecil termasuk dalam sektor informal.
  • Data yang dikumpul daripada BE 2026 akan menjadi asas untuk membantu kementerian dan agensi berkaitan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, serta memberi impak positif kepada golongan yang terlibat.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sektor informal merujuk kepada aktiviti perniagaan dalam talian dan aktiviti perniagaan konvensional seperti peniaga mudah alih yang tidak mempunyai struktur yang kekal.
Beliau berkata BE 2026 bagi sektor informal akan dijalankan secara terperinci bagi mendapatkan liputan penuh aktiviti ekonomi yang dijalankan bermula di peringkat kecil yang tidak berstruktur.
"Berbanding dengan perusahaan yang (lebih) besar mereka ada perakaunan dan sebagainya, jadi sektor informal kita kena duduk dengan mereka untuk melihat bagaimana corak aktiviti mereka dan apa yang terhasil.
"Ini membolehkan data yang kita peroleh dijadikan data statistik negara yang boleh membantu balik mereka, dan juga (membantu) agensi yang akan melihat tentang bagaimana memperkasakan sektor ini berpaksikan kepada data yang lengkap dan holistik," katanya menerusi program 'Malaysia Petang Ini' terbitan BernamaTV, pada Khamis.
Menurut Mohd Uzir, pendekatan banci digunakan supaya DoSM mendapat liputan penuh dari satu kawasan ke satu kawasan bagi mengumpul data ekonomi secara terperinci.
"Kita turun ke lapangan dan juga menggunakan hubungan yang rapat dengan komuniti setempat termasuk persatuan penjaja, para peniaga dan juga ketua kampung atau ketua komuniti yang membolehkan kita dapat kerjasama yang baik," katanya.
BE 2026 dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Fasa Pertama bermula 5 Jan sehingga 28 Feb melibatkan sektor informal dan mikro; Fasa Kedua pada 1 Mac hingga 30 Jun (perusahaan mikro, kecil dan sederhana); dan Fasa Ketiga, dari 1 Jun hingga 31 Okt 2026 melibatkan perusahaan sederhana dan besar.
Sejumlah 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perusahaan informal, perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar akan terlibat dalam BE 2026.
Mohd Uzir berkata BE 2026 adalah peluang terbaik untuk kerajaan menilai semula data ekonomi negara dalam merencana bantuan kepada peniaga mikro dan kecil termasuk dalam sektor informal.
"Data yang dikumpulkan menerusi BE 2026 seterusnya akan menjadi rujukan bagi pihak kementerian serta agensi berkaitan dalam membantu golongan ini," katanya.
Justeru, beliau berharap setiap pihak yang terlibat agar dapat bersama-sama menjayakan bancian tersebut dengan memberi maklumat sebaik mungkin supaya perancangan dan dapatan daripadanya dapat memberi impak yang baik kepada pertumbuhan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DoSM
#dalam talian
#Banci Ekonomi
#sektor informal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan