awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Pasifik hilang dua juta nyawa, rugi US$1.15 trilion

Bernama
Bernama
22/03/2015
11:10 MYT
Asia Pasifik hilang dua juta nyawa, rugi US$1.15 trilion
Dari 1970 hingga 2014, dunia menyaksikan kejadian 11,985 bencana alam yang menjejaskan enam bilion manusia. - Gambar Fail
Rantau Asia Pasifik mengalami kehilangan dua juta nyawa penduduk dan kerugian benilai US$1.15 trilion (RM4.26 trilion) akibat bencana alam sepanjang 45 tahun lepas, yang masing-masing mewakili 56.6 dan 41 peratus daripada kesan akibat bencana di seluruh dunia.
Kira-kira 88 peratus daripada penduduk yang terjejas oleh bencana alam di seluruh dunia dalam tempoh 45 tahun lepas tinggal di rantau Asia dan Pasifik, kata laporan yang dikeluarkan minggu ini oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (ESCAP) pada Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana ketiga di Sendai, Jepun.
Ia menunjukkan betapa banjir, ribut, gempa bumi dan tsunami merupakan bencana alam paling ganas di rantau ini, yang meragut 92 peratus nyawa dan menyebabkan 76 peratus kerugian akibat malapetaka.
Laporan itu, yang bertajuk 'Overview of Natural Disasters and their Impacts in Asia and the Pacific, 1970 2014', menunjukkan penurunan dari segi purata jumlah kematian dalam setiap kejadian, walaupun terdapat peningkatan dari segi jumlah bencana alam.
Sementara itu, kerugian ekonomi di rantau ini mencatat peningkatan besar iaitu daripada US$5 bilion (RM18.5 bilion) setahun pada 1970-an kepada sekitar US$75 bilion (RM278.3 bilion) setahun pada tahun-tahun kebelakangan ini.
"Rantau ini perlu meningkatkan daya tahan terhadap bencana bagi melindungi prospek pertumbuhannnya. Kerugian ekonomi meningkat hampir 15 kali ganda dalam tempoh 45 tahun lepas," kata Setiausaha Eksekutif ESCAP, Dr Shamshad Akhtar.
Antara perkara penting yang terkandung dalam laporan itu ialah enam bilion orang di rantau ini terjejas oleh bencana dalam tempoh sama atau 87.6 peratus daripada jumlah mereka yang menjadi mangsa di seluruh dunia.
Dari 1970 hingga 2014, dunia menyaksikan kejadian 11,985 bencana alam yang menjejaskan enam bilion manusia. Daripada jumlah itu, 5,139 bencana alam berlaku di rantau Asia dan Pasifik, 1,652 di Asia Selatan dan Asia Barat Daya (jumlah kes paling tinggi), diikuti 1,000 di Asia Tenggara dan Asia Timur Laut.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa Negara Paling Kurang Membangun dan Negara Membangun Kepulauan Kecil amat terdedah kepada risiko bencana hingga menyebabkan mereka mengalami kerugian purata US$592 juta (RM2.19 bilion) setahun.
Topic Berkaitan
#Asia Pasifik
#bencana alam
#ESCAP
#Jepun
#Sendai
#Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa Bersatu
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan