awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Pasifik perlu pembiayaan AS$2.5 trilion rapatkan jurang infrastruktur

Bernama
Bernama
15/07/2015
03:27 MYT
Asia Pasifik perlu pembiayaan AS$2.5 trilion rapatkan jurang infrastruktur
Rantau Asia Pasifik mungkin berdepan kos antara AS$2.1 trilion dan AS$2.5 trilion setahun untuk merapatkan jurang infrastruktur bagi memenuhi keperluan pembangunan mampan selepas 2015.
Rantau Asia Pasifik mungkin berdepan kos antara AS$2.1 trilion dan AS$2.5 trilion setahun untuk merapatkan jurang infrastruktur, meningkatkan perlindungan sosial asas dan menangani penyesuaian dan mitigasi cuaca untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan selepas 2015.
Negara-negara di rantau Asia Pasifik, bagaimanapun akan melaksanakan agenda ini, berikutan sumber kewangan mereka yang luas, menurut laporan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).
"Rantau ini dikenali kerana kadar simpanan yang tinggi, peningkatan rizab pertukaran asing serta menarik aliran modal dan kiriman wang yang besar," menurut laporan bertajuk, ‘Pembiayaan untuk Transformasi: Dari Agenda Kepada Tindakan Bagi Pembangunan Mampan di Asia dan Pasifik’.
Pada 2013, misalnya, perolehan fiskal rantau ini dianggarkan sebanyak AS$4 trilion dan simpanan sektor swasta dianggarkan AS$6 trilion.
Pada tahun sama, saham aset kewangan individu terkaya di rantau ini berjumlah AS$35 trilion, katanya.
Laporan itu turut menekankan hakikat bahawa sistem pembiayaan rantau Asia Pasifik perlu terus ditingkatkan untuk memanfaatkan potensinya sepenuhnya dan menyalurkan gabungan pembiayaan yang wajar bagi pelaksanaan agenda pembangunan yang mampan.
Setiausaha Agung Rendah PBB dan Setiausaha Eksekutif ESCAP Dr Shamshad Akhtar berkata isi rumah miskin dan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di rantau ini akan turut meraih manfaat daripada peningkatan akses kepada perkhidmatan kewangan.
Topic Berkaitan
#Asia Pasifik
#ESCAP
#fiskal rantau Asia tenggara
#Infrastruktur
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan