KUALA LUMPUR: Aston Martin Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan 'super tourer' pertama di dunia, Aston Martin DB12, untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula daripada RM1.09 juta tidak termasuk duti, cukai, opsyen dan pengubahsuaian.
Pengurus Besarnya Kumara Sooriar Sivanasan berkata pelancaran DB12 adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-110 pengeluar kereta sukan mewah Britain itu dan 75 tahun barisan model DB.
"Aston Martin DB12 adalah tawaran menarik untuk peminat-peminat di Malaysia yang mana ia telah lama digemari oleh romantisnya sebuah 'grand tourer' (GT), dengan jalan raya yang menarik untuk pemanduan yang menakjubkan di dunia ini.
"DB12 ini mengangkat daya tarikan ke peringkat seterusnya dengan prestasi dan emosi pemanduan yang sesuai dengan label 'super tourer' luar biasa, semuanya disampaikan dengan kejuruteraan sofistikated yang sinonim dengan jenama Aston Martin," katanya di majlis pelancaran model tersebut.
Kumara seterusnya berkata kereta mewah itu akan diserahkan dalam tempoh lapan bulan daripada tarikh tempahan dengan konfigurasi dan pengubahsuaian lengkap.
DB12 dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V8 Twin-Turbo yang ditala oleh jurutera Aston Martin, mencetuskan 680 kuasa kuda (HP) dan 800 newton meter (Nm).
Ini menghasilkan peningkatan 34 peratus prestasi yang ketara apabila dibandingkan dengan Aston Martin DB11.
Aston Martin DB12 kini tersedia untuk dilihat dan ditempah di Malaysia dan tempahan pula ditawarkan dengan jaminan lanjutan perlindungan sehingga 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
DB12 dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V8 Twin-Turbo yang ditala oleh jurutera Aston Martin, mencetuskan 680 HP dan 800 Nm. - Gambar Bernama
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Aston Martin lancar DB12 dengan harga dari RM1.09 juta untuk pasaran Malaysia
Aston Martin Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan 'super tourer' pertama di dunia, Aston Martin DB12, untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula daripada RM1.09 juta.
Jazeman sedia beraksi untuk perlumbaan sulung 12 Jam Sepang memandu Aston Martin
Pelumba itu akan mewakili pasukan Viper Niza Racing dan bergandingan dengan pelumba, Douglas Khoo dan Dominic Ang.
Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini 'Aston Martin' - Maszlee
Vellfire yang dimaksudkan adalah milik Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS), agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu.
Vettel patut pilih untuk bersara - Jackie Stewart
Vettel mengakui sebelum menandatangani dengan Aston Martin bahawa bersara adalah pilihan yang sedang dipertimbangkan, dan Stewart berasakan meninggalkan F1 pasti menjadi pilihan yang baik.
Bond 25: Daniel Craig tukar Aston Martin dengan Land Rover
Craig sekali lagi akan memainkan watak utama yang berkisarkan kehidupan yang tenang di sekitar Jamaica, sebelum terjerumus ke dalam satu misi bagi menyelamatkan saintis yang diculik.
Aston Martin Vulcan buat kemunculan dinamik
Penonton di Goodwood Festival of Speed ‘dibelanja’ bunyi enjin 7-liter V12 penuh garang