awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro sasar pendapatan RM500 juta melalui GO SHOP

Bernama
Bernama
30/01/2015
07:45 MYT
Astro sasar pendapatan RM500 juta melalui GO SHOP
Sejak pelancarannya, GO SHOP menikmati sokongan mantap daripada pasaran, dengan kira-kira 118,000 produk dijual kepada pelanggan. -Astro AWANI/Malik Ridhwan
Astro Malaysia Holdings Bhd menjangka dapat menjana pendapatan RM500 juta setahun menjelang 2019 melalui usaha sama baharu dengan syarikat beli-belah dari rumah, Astro GS Shop Sdn Bhd.
Sebanyak 60 peratus syarikat yang mempunyai modal RM70 juta itu dimiliki Astro Malaysia manakala 40 peratus lagi oleh GS Home Shopping Incorporated dari Korea.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Rohana Rozhan berkata, dengan memanfaatkan 4.3 juta pelanggan yang sedia ada, kumpulan media itu yakin untuk meneroka perniagaan berkenaan.
"GO SHOP, perkhidmatan beli-belah baharu kami telah menarik 72,000 pelanggan sejak pelancaran awalnya pada November tahun lepas.
"Dengan kemudahan penyiaran, pusat panggilan, platform saluran dan studio penerbitan yang dimiliki Astro, kami mempunyai kepakaran yang tepat untuk menjadikan usaha ini berjaya," kata Rohana di sidang akhbar selepas pelancaran perkhidmatan beli-belah GO SHOP di sini, hari ini.
go shop
go shop
Dengan memanfaatkan 4.3 juta pelanggan sedia ada, kumpulan media itu yakin untuk meneroka perniagaan berkenaan -Astro AWANI/Malik Ridhwan
Sejak pelancarannya pada November 2014, GO SHOP menikmati sokongan mantap daripada pasaran, dengan kira-kira 118,000 produk dijual kepada pelanggan.
GO SHOP yang boleh diperolehi melalui beberapa salurannya, di samping dalam talian serta platform mudah alih, menawarkan produk digital dan elektronik, kelengkapan rumah dan dapur, aksesori gaya hidup, fesyen dan kosmetik.
Mengenai pertumbuhan Astro Malaysia tahun ini, Rohana berkata, syarikat itu dijangka mencapai penembusan 80 peratus isi rumah.
Sebelum ini, sebuah firma penyelidikan mengurangkan unjuran pendapatan Astro Malaysia bagi tahun kewangan 2015 dan 2016 msing-masing sebanyak 4.2 peratus dan 3.7 peratus, berikutan keuntungan bersih yang dilaporkan lebih rendah pada suku ketiga.
"Ketika ini, penembusan isi rumah berada pada 60 peratus dan kami yakin dapat mencapai 80 peratus sejajar dengan pelan perniagaan kami," katanya dengan menambah NJOI, perkhidmatan televisyen satelit langganan percuma pertama Malaysia, juga menunjukkan prestasi baik dalam menyokong pertumbuhan kumpulan.
Topic Berkaitan
#Astro GS Shop Sdn Bhd
#Astro Malaysia
#Astro Malaysia Holdings Bhd
#GS Home Shopping Incorporated
#NJOI
#Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan