BISNES
AstroBIZ: Bermula dari bawah, Rahmat Q Bistro kini jadi pilihan ramai

Muhammad Shaharip (gambar) berkata, kunci utama untuk berjaya dalam perniagaan adalah percaya pada rezeki dan terus berusaha hingga mendapat hasil yang lumayan. - Foto Astro
KAJANG: Tidak berputus asa dan percaya pada rezeki menjadi moto restoran Rahmat Q Bistro yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu.
Ringkasan AI
- Tidak putus asa dan percaya pada rezeki menjadi moto restoran Rahmat Q Bistro yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu.
- Ternyata kecekalan pemiliknya Muhammad Shaharip Khalid tidak sia-sia kerana berjaya dinobatkan sebagai salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.
- Susulan menjadi pemenang, restoran tersebut diberi peluang memperkenalkan jenamanya menerusi liputan khas Astro AWANI.
Muhammad Shaharip berkata, restoran itu ditubuhkan selepas terinspirasi daripada datuknya yang merupakan seorang peniaga nasi kandar.
“Rahmat itu bermaksud rezeki, jadi saya memilih nama itu kerana ia membawa maksud yang baik.
“Masa mula-mula buka restoran ini, tidak dapat sambutan sangat, tetapi saya usaha menyediakan pelbagai makanan dan minuman menarik seperti mee goreng mamak, nasi goreng kampung, chicken chop, teh tarik dan banyak lagi.
“Tidak lupa juga, macam-macam jenis hiburan seperti skrin besar untuk tengok bola sepak, wi-fi dan suasana kedai yang luas. Lama kelamaan, orang mula tertarik nak datang.
“Sudah tentu dengan langganan saluran Astro ia menarik lagi pengunjung kerana pelbagai rancangan berkualiti tinggi terutama sukan yang menjadi kegemaran ramai,” ujarnya ketika ditemu bual di Rahmat Q Bistro, di sini.

Restoran Rahmat Q Bistro menjadi destinasi pilihan warga Kajang dan sekitar. - Foto Astro
Katanya, restoran itu juga menjadi pilihan ramai kerana kawasan yang luas sekali gus menjadi destinasi tepat untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.
Selain itu, beliau menzahirkan rasa syukur menjadi salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards dan memuji inisiatif itu sebagai salah satu pembuka jalan bagi peniaga-peniaga makanan dan minuman (F&B) di luar sana.
“Saya bersyukur kerana Astro memilih restoran saya sebagai pemenang.
“Peniaga lain di luar sana juga harus cuba melanggani pakej Astro BizOne ini sebab boleh jadi satu tarikan dekat restoran dan mungkin terpilih sebagai pemenang juga,” tambahnya.
Sementara itu, beberapa pelanggan tetap berkongsi tentang makanan kegemaran, suasana di Rahmat Q Bistro dan Pakej Astro BizOne yang disediakan.
“Makanan kegemaran saya di sini ialah dia punya 'Maggi goreng' terutama dengan telur mata. Selalunya saya akan order (pesan) porsi double (besar) sebab memang sedap.
“Tempat ini agak 'sempoi' dan luas untuk jadikan tempat lepak dan dekat sini juga boleh tengok perlawanan bola sepak yang mereka tayangkan menerusi channel (saluran) Astro Arena dan Astro Sports.
“Dan kita boleh buat aktiviti lain juga macam main game (permainan digital) dengan kawan-kawan serta borak-borak santai,” jelas Safwan Roszamani.
“Kawasan kedai ini strategik dan convenient (mudah) jadi sekiranya saya ada masa lapang, boleh dikatakan enam kali seminggu selepas habis bekerja atau kelas, saya akan datang sini.
“Suasana sini meriah terutama musim final (akhir) bola sepak. Salah satu tarikan orang datang ke sini sebab mereka pasang Astro dan skrin besar jadi boleh tengok ramai-ramai memang best (seronok),” kata Meor Aniq Nashriq Meor Azrol Nizam.

Salah satu makanan spesial di Rahmat Q Bistro, Rojak Mee yang memperkenalkan resipi air tangan pemiliknya, Muhammad Shaharip. - Foto Astro
Kempen Astro BizOne Rewards memberi ganjaran promosi bagi pelanggan makanan dan minuman (F&B) yang melanggan Pakej Astro BizOne.
Ayuh sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami