NATIONAL
ATF 2025: ASEAN tambah tiga sedia perkukuh kerjasama pelancongan, tingkatkan pertumbuhan

Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-24 hari ini, menyatakan komitmen memperkukuh hubungan pelancongan serantau dan meningkatkan sosioekonomi negara-negara terlibat. - Foto MOTAC
JOHOR BAHRU: Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-24 hari ini, menyatakan komitmen memperkukuh hubungan pelancongan serantau dan meningkatkan sosioekonomi negara-negara terlibat.
Ringkasan AI
- Mesyuarat komited memperkukuh kerjasama pelancongan serantau melalui pelan tindakan strategik dan kempen pemasaran bersama.
- Fokus diberikan kepada pendigitalan, peningkatan kemahiran profesional, dan persediaan ASEAN Tourism Sectoral Plan (ATSP) Pasca 2025.
- Mesyuarat ini melibatkan ASEAN, China, Jepun, dan Korea Selatan, dipengerusikan oleh Datuk Seri Tiong King Sing sempena ASEAN Tourism Forum (ATF) di Johor Bahru.
“Mesyuarat ini dijangka menghasilkan pelan tindakan strategik yang mampu meningkatkan lagi kerjasama serantau dalam pelancongan, sejajar dengan usaha menjadikan rantau ASEAN tambah tiga sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
“Semua pihak yang terlibat diharapkan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan sektor pelancongan serantau kekal mampan, inklusif, dan berkembang secara lestari demi manfaat bersama,” katanya.
Terdahulu, mesyuarat ini melibatkan penyertaan negara-negara ASEAN bersama tiga rakan dialog utama, iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan.
Ia dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sempena ASEAN Tourism Forum (ATF) yang dianjurkan di Johor Bahru pada Ahad.
ATF 2025 yang bermula sejak Rabu hingga 20 Januari ini dianjurkan bagi mempromosikan produk pelancongan serantau dan memudahkan pertukaran pengetahuan serta mewujudkan jaringan.
Ia antara lain bagi meningkatkan kerjasama dengan pemimpin dalam industri pelancongan global bagi menambah jumlan pelancong yang mengunjungi ASEAN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami