KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai misi perdagangan serta pelaburan ke Korea Selatan dan Jepun mulai 1 hingga 6 April ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, misi itu merupakan langkah penting bagi meningkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan serta hab penyumberan untuk perniagaan global.
"Misi ini akan memberi tumpuan kepada mengiktiraf kelebihan daya saing Korea Selatan serta Jepun dalam industri teknologi tinggi, pembuatan pintar, pendigitalan dan industri canggih," kata MITI.
Mohamed Azmin akan bermesyuarat dengan rakan sejawatannya, Menteri Perdagangan Korea Selatan Yoo Myung-hee di Seoul serta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Kajiyama Hiroshi di Tokyo.
Mesyuarat itu akan membincangkan isu-isu dua hala termasuk kerjasama mengenai inisiatif kepentingan bersama serta promosi hubungan perniagaan bagi memudahkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Menurut MITI, Mohamed Azmin akan mengambil peluang untuk memberi taklimat kepada rakan sejawatnya berhubung dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), dasar pelaburan baharu negara bertujuan menarik pelaburan berkualiti dalam bidang teknologi.
NIA akan mengemudi Malaysia ke arah menjadi hab pelaburan serantau dengan wawasan untuk meningkatkan kekompleksan ekonomi, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, memperluaskan hubungan domestik, membangunkan kelompok baharu dan sedia ada termasuk meningkatkan keterangkuman.
Mohamed Azmin juga akan menghuraikan usaha berterusan Malaysia dalam menghidupkan semula pertumbuhan jangka panjangnya dengan pelaburan ke dalam modal insan, meningkatkan faktor produktiviti secara menyeluruh dan melonjakkan daya saing.
Ditambah dengan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara, usaha-usaha ini bertujuan untuk mengkaji semula ekosistem pelaburan dan menggalakkan keterangkuman dengan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan upah yang lumayan.
Mesyuarat perniagaan bersemuka juga akan diadakan dengan syarikat Korea dan Jepun yang terkenal serta bakal pelabur bagi meneroka bidang kerjasama perniagaan yang baharu, khususnya dalam industri terkini dan baru muncul seperti 5G, aeroangkasa, teknologi boleh diperbaharui, Internet Pelbagai Perkara (IoT) termasuk Kecerdasan Buatan.
Terdapat juga perbincangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun bersama dengan rangkaian syarikat besar dan sederhana serta pemilik kecil dan tunggal.
MITI berkata, misi itu akan tertakluk kepada prosedur operasi standard Pencegahan COVID-19 yang ketat, dengan jadual perjalanan yang terkawal seperti yang dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara serta kerajaan Korea Selatan dan Jepun.
Ini merupakan misi perdagangan dan pelaburan rasmi pertama Mohamed Azmin sejak memegang jawatan pada 10 Mac 2020.
Jepun menduduki tempat keempat sebagai rakan dagang global Malaysia pada 2020.
Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan sebanyak RM122.73 bilion, yang mana eksport Malaysia ke Jepun berjumlah RM61.69 bilion dan import mencecah RM61.04 bilion.
Sehingga 2020, sebagai pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan untuk projek-projek yang dilaksanakan, Jepun telah terlibat dalam 2,761 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM91.4 bilion, menjana 348,475 pekerjaan.
Majoriti pelaburan adalah dalam produk elektronik dan elektrik, bahan kimia serta produk kimia, produk mineral bukan logam dan peralatan pengangkutan.
Sementara itu, Korea Selatan merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia pada 2020, dengan perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM79.78 bilion.
Jumlah eksport ke negara berkenaan berjumlah RM34.57 bilion manakala import bernilai RM45.21 bilion.
Korea Selatan juga merupakan pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek-projek yang dilaksanakan.
Sehingga 2020, sebanyak 387 projek perkilangan telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan bernilai RM26.6 bilion, menjana 53,032 pekerjaan.
Kebanyakan pelaburan ini berada dalam sektor elektrik dan elektronik, produk petroleum, produk logam asas, produk mineral bukan logam serta produk kimia dan kimia. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bermesyuarat dengan rakan sejawatannya, Menteri Perdagangan Korea Selatan Yoo Myung-hee di Seoul serta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Kajiyama Hiroshi di Tokyo. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.