awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2017: Angkasa gesa tambah peruntukan tabung ke RM500 juta

Bernama
Bernama
22/09/2016
06:44 MYT
Bajet 2017: Angkasa gesa tambah peruntukan tabung ke RM500 juta
Datuk Abdul Fattah berkata menambah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu juga dapat mendorong koperasi bergerak lebih aktif.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memohon supaya kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan Tabung Modal Pusingan kepada RM500 juta dalam penyediaan bajet 2017.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata penambahan peruntukan itu bertujuan memperkasa gerakan koperasi yang kini mempunyai lebih 13,000 koperasi di seluruh negara.
"Untuk koperasi diperkasakan bajet perlu ditambah dengan mencadangkan peruntukan daripada Tabung Modal Pusingan ditambah daripada RM100 juta yang ada pada masa sekarang kepada RM500 juta.
"Menerusi peruntukan tabung itu, sebuah koperasi boleh membuat pinjaman sehingga RM1 juta (dan sekiranya diluluskan) peruntukan RM100 juta hanya boleh gunakan oleh 100 gerakan koperasi sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, semalam.
Abdul Fattah berkata menambah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu juga dapat mendorong koperasi bergerak lebih aktif dengan menjana ekonomi bagi mencapai sasaran RM50 bilion menjelang 2020.
Gerakan koperasi memerlukan bajet yang besar bagi membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, tambahnya.
Mengulas pertemuan dengan MUIP, Abdul Fattah berkata Angkasa bercadang mengadakan kerjasama erat dalam bidang perniagaan melalui kegiatan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh badan berkenaan.
Abdul Fattah berkata MUIP dilihat lebih ke hadapan dalam pembangunan ekonomi seperti mempunyai beberapa pasar raya besar di Pahang.
Antara kerjasama yang boleh dilakukan ialah Angkasa membawa masuk Stock Keeping Unit (SKU) untuk dipasarkan di pasar raya besar itu, tambahnya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Fattah Abdullah
#Angkasa
#koperasi
#Tabung Modal Pusingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan