awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2017 seimbang, capai pengurangan bajet defisit - BDB

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2016
14:20 MYT
Bajet 2017 seimbang, capai pengurangan bajet defisit - BDB
BDB turut menyambut baik beberapa inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Bina Darulaman Berhad (BDB) menyifatkan Bajet 2017 sebagai bajet yang merangkumi keseimbangan untuk membelanjakan dan mengagihkan sosioekonomi teras, serta mencapai pengurangan bajet defisit.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff dalam satu kenyataan, turut menyambut baik beberapa inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pertumbuhan ekonomi.
"Penekanan yang jelas juga diberikan untuk mengukuhkan tahap ekonomi golongan B40 melalui pemberian BR1M yang lebih tinggi dan pelbagai subsidi serta insentif lain.
“Pada masa yang sama, sektor perusahaan kecil dan sederhana telah diberikan tumpuan yang banyak bagi membantu pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017," kata beliau.
Selain itu, Izham turut mengalukan pengenalan kepada “step-up financing scheme” bagi skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
“Untuk sektor perumahan, kami mengalu-alukan pengenalan kepada “step-up financing scheme” bagi rumah-rumah PR1MA, kenaikan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dan penggunaan tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di lokasi lokasi strategik untuk membangunkan rumah mampu milik," tambahnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.'
Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, membuat pembentangan itu di Dewan Rakyat kira-kira jam 4 petang.
Dalam pembentangan itu, beliau mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk projek MyBeautiful New Home khusus bagi kumpulan B40 selain kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Topic Berkaitan
#bajet defisit
#bdb
#Bina Darulaman Berhad
#IZHAM YUSOFF
#sosioekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan