BISNES
Bajet 2018: Pemberian BR1M harapan kelompok bawah B40

Harapan rakyat ialah pemberian BR1M turut disandarkan dengan program yang boleh meningkatkan taraf ekonomi B40. - Gambar fail
Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, menjadi harapan rakyat ialah pemberian BR1M turut disandarkan dengan program yang boleh meningkatkan taraf ekonomi B40.
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Madeline Berma berkata satu insentif seperti BR1M ini boleh meningkatkan pembangunan kapasiti juga ekonomi mereka.
Satu lagi harapan rakyat ialah insentif terhadap pendidikan terutamanya latihan dan juga kemahiran.
Menurutnya Berma, ilmu pegetahuan sahaja tidak cukup dan dengan geran yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu memasarkan produk seiring dengan pembangunan ekonomi digital.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami