KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 biion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima.
Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM7 bilion yang memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menerusi bantuan tersebut, isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara 'one-off'.
"Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
"Selain itu bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isu rumah warga emas. Ini bermakna kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki tiga anak dan lebih, layak mendapat BKM maksimum RM2,500," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan 2022 menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Rakyat yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan; serta Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu 1,169 ringgit berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini.
"Usaha meluaskan liputan perlindungan sosial ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa.
"Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM200 juta.
"Secara keseluruhan RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440 ribu isi rumah memerlukan," kata Tengku Zafrul lagi.
Hasimi Muhamad
Fri Oct 29 2021
Tengku Zafrul (kiri) berkata, menerusi bantuan tersebut, isu rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 - Gambar BERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Belanjawan 2021: "Rakyat Sabah menderita, tidak boleh tunggu tahun hadapan" - Najib
Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia.
Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Kerajaan akan meneruskan bantuan tunai secara bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebuah inisiatif yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).