MENTERI KEWANGAN Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan membentangkan Bajet 2022 Jumaat ini. Dalam pembentangan-pembentangan bajet sebelum ini, kita dapat melihat keutamaan kerajaan dalam rancangan pembangunan masa depan negara.
Dalam dua bajet terakhir misalnya, pembangunan ekonomi digital menjadi tumpuan melalui pengenalan pelbagai inisiatif seperti Geran Pendigitalan PKS, Daftar Kemahiran Digital dan insentif-insentif untuk syarikat baharu.
Kali ini, sudah tentu kita ingin melihat bagaimana rancangan kerajaan untuk membantu usahawan dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula mengembangkan perniagaan mereka tahun depan, iaitu memasuki tempoh pemulihan ekonomi selepas negara dilanda pandemik.
Sepanjang lebih satu tahun lepas, terdapat banyak skim dan inisiatif diperkenalkan kerajaan untuk membantu memastikan golongan PKS dapat mengharungi cabaran perniagaan ketika penularan COVID-19.
Segala-galanya diberikan, daripada moratorium pinjaman kepada subsidi pendapatan, geran pendigitalan PKS sehingga peruntukan Dana Penjana sebanyak RM1.2 bilion - semuanya diadakan bagi menyokong syarikat tempatan mengharungi tempoh yang sangat bergelora dalam perniagaan mereka.
Tetapi langkah-langkah tersebut hanya mampu untuk membantu perniagaan bertahan. Bajet 2022 perlu lebih melakukan lebih daripada itu seperti menyediakan rangka kerja untuk PKS dan syarikat baharu berkembang maju selari dengan pemulihan ekonomi yang akan berlaku di negara ini dan seluruh dunia.
Terdapat tiga komponen utama yang perlu dipertimbangkan kerajaan dalam pengumuman bajet yang akan datang.
1) Kepentingan Aliran Tunai
Bagi kebanyakan perniagaan, pengajaran yang diperoleh daripada satu setengah tahun berdepan pandemik yang sangat kejam ini ialah tentang aliran tunai - yang menunjukkan bukan keuntungan sahaja yang menjadi elemen terpenting untuk mereka mampu mengekalkan perniagaan.
Walaupun potensi margin keuntungan masih baik tetapi jika mereka tidak dapat membayar gaji pekerja kerana tiada pegangan tunai, sudah tentu margin keuntungan itu tidak berguna kerana syarikat tidak akan dapat bertahan lama.
Maka aliran tunai adalah 'darah' yang mampu memberi nyawa untuk menghidupkan perniagaan.
Sehubungan itu, penerusan skim geran untuk PKS dan syarikat pemula adalah sangat penting, begitu juga dengan kemudahan permohonan pinjaman untuk membantu perniagaan terus berkembang apabila ekonomi mula dibuka.
Mempunyai tambahan aliran tunai juga akan membolehkan syarikat berbelanja untuk aktiviti pemasaran dan penambahbaikan produk. Mereka juga akan dapat berbelanja lebih untuk menggunakan penyelesaian digital dalam perniagaan dan menambah baik tawaran produk yang sesuai dengan budaya dan norma baharu.
Syarikat juga perlu mengisi semula tabung perniagaan mereka. Sememangnya pandemik menyebabkan rizab tunai kebanyakan perniagaan menyusut dengan teruk sehingga ada yang terpaksa berhutang.
Sehubungan itu, perlu ada insentif cukai untuk PKS bagi membolehkan mereka 'kembali bernafas'. Mungkin cadangan mengurangkan kadar cukai PKS daripada 17 peratus kepada 10-12 peratus akan membantu syarikat mengukuhkan kembali kedudukan kewangan mereka.
2) Digital atau Ketinggalan
Pandemik telah menjadikan penggunaan digital sebagai satu fenomena untuk PKS. Jika dahulu amat sukar untuk melihat PKS berani mencuba perisian atau saluran pengedaran baharu. Tetapi kini, pandemik bukan sahaja menjadikan ia sesuatu yang boleh diterima tetapi juga keperluan utama dalam mana-mana perniagaan.
Pendigitalan sememangnya hebat kerana ia bukan sahaja mampu merendahkan kos perbelanjaan mengendalikan perniagaan tetapi juga memberikan saluran pemasaran baharu untuk menjual produk dan seterusnya memanfaatkan pengumpulan data daripada pelanggan bagi menambah baik perniagaan.
Keseriusan kerajaan dapat dilihat dalam perkara tersebut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucaptamanya dalam Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan ASEAN 2021 menyatakan kepentingan nilai pendigitalan PKS dengan berkata: “Pendigitalan dan inovasi teknologi telah diterapkan dalam inisiatif dan pelan tindakan kerajaan, termasuk dalam beberapa perjanjian perdagangan bebas.”
Sehubungan itu, perlu juga ada lelaran berterusan dalam penggunaan teknologi terkini. Penggunaan Data Besar, Pengkomputeran Awan, Kepintaran Buatan dan pelbagai teknologi baharu Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) misalnya telah menjadi keperluan bagi mengekalkan daya saing syarikat dan negara di rantau ini.
Sehubungan itu, bagi meningkatkan daya tahan perniagaan, kerajaan juga perlu menggandakan usaha pendigitalan PKS yang kini membentuk lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia. Maka, adalah penting untuk kita bersama-sama membantu PKS dan syarikat pemula dalam semua bidang untuk beralih menggunakan penyelesaian digital serta membina kemahiran digital dalam perniagaan mereka.
3) Persediaan pekerjaan masa depan
Kira-kira 800 juta pekerjaan di seluruh dunia boleh digantikan oleh automasi menjelang 2030. Ini bermakna dalam masa lapan tahun lagi, PKS akan melihat perubahan dalam keperluan mereka di pasaran.
Sehubungan itu, kita perlu memastikan graduan dan tenaga kerja di negara ini bersedia untuk menghadapi paradigma baharu tersebut.
Kita perlu segera melabur dalam menyediakan pekerja di era digital. Perubahan utama yang perlu dilakukan adalah dengan meningkatkan kemahiran dan pemahiran semula tenaga kerja. Sektor swasta sememangnya sudah pun melakukan tugasan yang baik melalui organisasi latihan seperti Akademi General Assembly dan Akademi AirAsia. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga telah sekian lama menjalankan kerja-kerja dalam bidang tersebut.
Apa yang ingin dilihat dalam pengumuman bajet nanti ialah pengenalan insentif selanjutnya untuk membolehkan PKS menghantar pekerja mereka mempelajari kemahiran baru melalui program-program tersebut. Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) sepatutnya mempunyai faedah khusus untuk bidang kemahiran digital.
Tumpuan juga perlu diberikan kepada generasi akan datang. Malaysia agak ketinggalan berbanding negara-negara jiran dari segi latihan kanak-kanak dalam kemahiran 4IR. Sehubungan itu, kita perlu mengajar pengetahuan pengkomputeran seperti pengekodan kepada anak-anak di sekolah bagi memastikan tenaga kerja yang lebih bersedia untuk ekonomi masa depan.
Rumusan
Ketiga-tiga bidang tumpuan itu bukan sahaja harus ditangani melalui polisi negara tetapi mesej yang kuat perlu disampaikan dari pihak atasan kepada rakyat jelata agar sentiasa "Membeli Barangan Buatan Malaysia" dan "Menyokong Syarikat Malaysia."
Kita perlu terus menyokong syarikat-syarikat tempatan. Pengguna juga perlu membeli penyelesaian digital keluaran syarikat tempatan, manakala kerajaan pula seharusnya menyokong lebih banyak syarikat Malaysia melalui pembiayaan dan penerusan pelbagai program ketika dan selepas pandemik.
Selain itu, kerajaan juga harus membangunkan platform digital untuk menyokong PKS dalam menyertai peluang perdagangan digital. Eksport penyelesaian teknologi Malaysia dalam teknologi dron, teknologi halal dan pertanian adalah antara bidang yang perlu diberi keutamaan oleh negara pada masa kini.
Laporan oleh AlphaBeta minggu lepas telah menyatakan menjelang 2030, potensi pasaran digital Malaysia boleh membuka peluang ekonomi bernilai RM257 bilion dan 72 peratus daripada nilai tersebut akan datang daripada teknologi yang mampu mengurangkan kesan pandemik COVID-19.
Sudah tentu, PKS perlu memainkan peranan penting dalam bidang tersebut. Kami gembira kerana mengetahui Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan menangani beberapa peluang tersebut dan berharap dapat melihat sebahagian daripada pengumuman bajet kali ini akan memberikan lebih banyak sokongan untuk rancangan tersebut.
Sambil kita menantikan pengumuman bajet akhir minggu ini, sudah tentu kita tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana rancangan kerajaan akan terus mengembangkan PKS dan syarikat pemula, terutama berkaitan penerimaan dan inovasi digital dalam perniagaan. Dalam apa bidang sekalipun, masa depan digital adalah matlamat kita.

*Artikel ini ditulis oleh Aaron Sarm, Rakan Kongsi Umum, ScaleUp Malaysia
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.