DUNIA
Ketua IAEA gesa pemeriksaan nuklear di Iran disambung semula

Menurut Grossi, beliau telah menulis kepada Menteri Luar (Abbas) Araghchi untuk menekankan kepentingan bekerjasama dan mencadangkan pertemuan dalam masa terdekat. - Foto AP
VIENNA: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa agar pemeriksaan nuklear di Iran disambung semula susulan gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
- Ketua IAEA Rafael Grossi mendesak Iran menyambung semula pemeriksaan nuklear selepas gencatan senjata dengan Israel, menekankan ia penting untuk kejayaan penyelesaian diplomatik.
- Pemeriksa IAEA kekal di Iran semasa konflik dan kini bersedia mengesahkan jumlah uranium diperkaya melebihi 400 kilogram, hampir mencapai tahap senjata nuklear.
- Kerjasama Iran dengan IAEA semakin terancam, sementara tahap kerosakan kemudahan nuklear akibat serangan Israel dan AS masih belum dikenal pasti.
Menurut kenyataan itu, para pemeriksa IAEA kekal berada di Iran sepanjang konflik dan kini bersedia untuk kembali ke kemudahan nuklear negara itu bagi mengesahkan jumlah bahan nuklear yang dimiliki Iran.
Antara yang perlu disahkan ialah lebih 400 kilogram uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus -- hampir ke tahap yang boleh digunakan untuk senjata nuklear.
Kali terakhir kemudahan nuklear Iran diakses adalah hanya beberapa hari sebelum serangan udara Israel bermula pada 13 Jun.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pegawai kanan di Tehran memberi bayangan kemungkinan Iran menggantung kerjasama dengan badan pemantauan nuklear yang berpangkalan di Vienna itu.
Tahap kerosakan terhadap kemudahan nuklear Iran akibat serangan Israel dan Amerika Syarikat baru-baru ini masih belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami