UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.

Bernama
Sat Oct 08 2022
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berharap barisan atlet negara akan meningkatkan daya usaha mereka bagi mencapai kecemerlangan. - Fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berharap barisan atlet negara akan meningkatkan daya usaha mereka bagi mencapai kecemerlangan, terutama dalam menghadapi Sukan SEA Kemboja bermula 5-17 Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China dari 23 Sept hingga 8 Okt, tahun depan.

"MSN amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang beri pengiktirafan kepada pencapaian kita. Apa yang telah diberi dengan keadaan pemulihan ekonomi kini amatlah memadai, insya-Allah kita akan teruskan usaha seperti yang dipertanggungjawabkan.

"Kita sekarang ada 196 atlet pelapis dan 36 jurulatih sepenuh masa. Dengan adanya jaminan (peruntukan) ini, mungkin kita tambah sedikit lagi atlet ke dalam program, manakala yang 50-50 mungkin kita akan pertimbangkan semula," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN22) di sini hari ini.

Beliau berkata apa juga keputusan berkaitan pemilihan, penilaian dan pengguguran atlet daripada Program Podium dan Pelapis, akan dibuat secara kolektif ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang turut disertai wakil Institut Sukan Negara (ISN), persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi turut mengesahkan bahawa perancangan bagi Sukan SEA dan Sukan Asia sudah lengkap dan proses penyediaan atlet sedang berlangsung mengikut fasa yang ditentukan.

"Kita dah menyediakan kumpulan kecil atlet yang akan ke arah Sukan Asia dan barisan pelapis menggalas cabaran ke Sukan SEA bersama dengan atlet senior lain.

"Mungkin selepas Sukan Asia, kumpulan itu akan meneruskan usaha ke Sukan Olimpik Paris 2024, ia proses yang berterusan. Pengurangan atau penambahan atlet dalam program bergantung kepada penilaian semasa dan sasaran yang diletakkan," katanya.

Beliau turut mengingatkan wira dan wirawati negara supaya sentiasa berhati-hati dan mengikut nasihat jurulatih dan pakar sains sukan pada setiap masa, bagi mengelak risiko mengalami kecederaan serius menjelang temasya sukan utama.

BACA: Teks penuh ucapan Bajet 2023

SEGALANYA MENGENAI BAJET 2023, KLIK DI SINI!

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan peruntukan RM322 juta, termasuk RM145 juta untuk menyelenggara, menaik taraf dan membina kemudahan sukan di seluruh negara.

Sebanyak RM13 juta diperuntuk untuk e-sukan; RM12 juta bagi pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) dan RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Visi Sukan Negara (VSN) 2030 sempena sambutan HSN 2022 di hadapan Istana Kehakiman di sini.

-- BERNAMA
#Bajet 2023#ketua pengarah MSN#Ahmad Shapawi Ismail#Olimpik
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang

Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang

Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang

AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang

Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;

#AWANIBorneo 20 April 2024

Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding

PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding

Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris

Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris

Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.

#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas

MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas

Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.

#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera

Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera

Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.

#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy

Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.

#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid

Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid

Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM

Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.

#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji

Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.

#AWANIBorneo
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS

PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor

MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar

Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber

Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri

Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment

Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar

Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz

Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong

Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.