KUALA LUMPUR: Kadar Elaun Sara Hidup tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata ia menjadikan Elaun Sara Hidup tajaan JPA adalah antara RM730 hingga lebih RM980 sebulan.
Beliau berkata ia merupakan tambahan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menaikkan Elaun Sara Hidup bagi pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Petronas.
Tengku Zafrul berkata bagi tahun hadapan, Kementerian Pengajian Tinggi akan diperuntuk RM15.1 bilion dengan RM3.8 bilion disediakan sebagai biasiswa dan pinjaman pendidikan bagi memastikan anak-anak Keluarga Malaysia meneruskan pengajian ke menara gading.
"Tahun hadapan, sebahagian besar daripada peruntukan RM6.6 bilion kepada MARA, Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah untuk menyediakan Bumiputera dengan akses pinjaman pendidikan serta peluang mengikuti bidang profesional seperti kejuruteraan," katanya.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi menggalakkan universiti awam membudayakan inisiatif kampus hijau dan lebih RM300 juta disediakan bagi kerja-kerja menaik taraf serta menyelenggara kemudahan universiti awam.
Katanya, RM35 juta pula disediakan bagi meneruskan projek Malaysia Research and Education Network (MYREN) di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti untuk menaik taraf kapasiti bandwidth.
Beliau berkata kerajaan juga menyediakan RM50 juta antaranya melaksanakan pembangunan dan pengkomersialan nanoteknologi di bawah NanoMalaysia Berhad dengan peruntukan RM16 juta dan memacu inovasi perniagaan melalui Skim Insentif penyelidikan bagi perusahaan dengan peruntukan RM5 juta.
Selain itu, kerajaan akan menjayakan Malaysia Techiympics 2023 bagi menyokong idea inovasi dengan peruntukan RM7 juta sementara Cradle Fund sebagai agensi penyelaras ekosistem startup Malaysia akan disediakan nperuntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi berjaya di peringkat antarabangsa.
Tengku Zafrul turut mengumumkan DE Rantau akan menyediakan enam lokasi baharu melibatkan 2,000 Penginapan Sewa Pendek dan kerajaan menyediakan peruntukan awal RM18 juta bagi memulakan transformasi Taman Teknologi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Tengku Zafrul berkata, ia merupakan tambahan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menaikkan Elaun Sara Hidup bagi pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Petronas. - Gambar/ Bernama
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.