KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan memberi keutamaan menyelesaikan isu kadar faedah pinjaman perumahan yang tinggi serta menangani masalah rumah tidak terjual menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat 7 Okt ini.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Prof Dr Ahmad Hariza Hashim berkata kadar faedah yang dikenakan buat masa ini kepada peminjam terutama golongan B40 dilihat sangat tinggi malah penjualan harga rumah seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) masih mahal serta di luar kemampuan mereka.
"Justeru, perlu diberi bantuan kewangan atau pengurangan kadar faedah pinjaman atau sebaiknya diperkenalkan kadar faedah bebas untuk golongan ini supaya dapat memudahkan mereka memiliki rumah," kata pensyarah kajian perumahan itu kepada Bernama.
Mengenai isu rumah tidak terjual, beliau mencadangkan kerajaan memperluaskan skim Rumah Sewa Untuk Beli (RTO) bagi unit rumah tidak menerusi bantuan kewangan atau pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah kepada individu yang berminat membeli unit rumah tidak terjual.
"Memang diakui banyak rumah tidak terjual seperti pernah dilaporkan pada Julai lepas melibatkan 35,592 unit rumah termasuk lebih 10,000 unit rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang tidak terjual.
"Maka, konsep RTO wajar diperluaskan untuk rumah yang tidak terjual ini kerana ia sudah dalam pasaran, sekali gus dapat membantu atau menawarkan pengurangan beban kewangan kepada pemaju," katanya sambil menambah kerajaan juga perlu memberi insentif khas kepada pemaju yang mengamalkan skim RTO.
Peguam hartanah dari Tetuan Nazri Azmi Islinda Datuk Nazri Mustafa berkata saban tahun, ramai rakyat masih gagal memiliki rumah justeru, beliau menyarankan agar kerajaan terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengawal harga rumah serta bahan-bahan binaan.
Menurutnya, KPKT perlu membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu projek perumahan dengan memastikan harga jualan rumah daripada pihak pemaju mengikut pasaran sebenar yang ditetapkan sebelum memberi kelulusan kepada pemaju.
"Ini kerana ada amalan rebat oleh pihak pemaju yang diberikan kepada pembeli untuk memastikan jumlah pembiayaan dapat diperoleh lebih daripada harga jualan rumah sebenar.
"Namun, situasi ini menjadikan ansuran bulanan lebih tinggi berbanding harga asal sehingga ada unit yang baru disiapkan sudahpun tersenarai untuk dilelong," katanya menambah KPKT juga perlu mengehadkan kelulusan projek perumahan untuk mengurangkan penawaran berlebihan sekali gus mengurangkan jumlah unit rumah tidak terjual di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Max Capital Management Holdings Ltd Max Shangkar pula berkata kerajaan boleh memperuntukan bajet dalam program perumahan dengan memfokus penyediaan rumah bagi rakyat yang tidak mempunyai rumah atau mereka yang menyewa rumah.
"Ini boleh dicapai dengan bekerjasama antara pemilik tanah atau pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti di lokasi yang sesuai, malah dengan belanjawan sedia ada, kerajaan boleh memudahkan proses rakyat untuk membeli atau menyewa rumah.
"Contohnya, kerajaan melaksanakan program membantu golongan B40 yang membeli rumah pertama tanpa wang pendahuluan. Bantuan kewangan juga boleh dihulurkan kepada golongan yang memerlukan (B40) untuk membeli atau menyewa rumah," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan khususnya KPKT untuk memanfaatkan serta menambah baik inisiatif sedia ada bagi meningkatkan kualiti perumahan di negara ini menerusi Bajet 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Kadar faedah yang dikenakan buat masa ini kepada peminjam terutama golongan B40 dilihat sangat tinggi malah penjualan harga rumah seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) masih mahal. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.