Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Oktober 2025.
Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan video dalam talian.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membidas dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas menggadai kedaulatan negara.
Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menegaskan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri akan datang, selagi belum ada keputusan rasmi daripada pimpinan tertinggi parti.
Kerajaan MADANI tidak pernah berkompromi dalam memastikan pematuhan terhadap standard halal sepanjang rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), tegas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6. 1MDB: Najib gagal kemukakan "penderma" RM2.3 bilion untuk sokong dakwaan "sumbangan" - Pendakwa raya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengemukakan "penderma" bagi dana berjumlah RM2.3 bilion, untuk menyokong dakwaannya bahawa wang itu merupakan "sumbangan" daripada Arab Saudi.
Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu beri gambaran baharu mengenai kehidupan sosial pelajar berusia 13 tahun itu sebelum kejadian tragis pada Julai lalu.
Dakwaan bahawa perjanjian perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menggugat kedaulatan negara adalah tidak benar, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan lokasi sebenar Datuk Seri Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikaitkan dengan siasatan kes pecah amanah.
Kadar kemiskinan tegar nasional mencatat penurunan kepada 0.09 peratus tahun lepas berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


