KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan akan menaikkan pelepasan cukai individu bagi premium insurans hayat daripada RM3,000 kepada RM5,000 pada pembentangan Bajet 2023 yang akan datang.
Menurut persatuan itu, pandemik COVID-19 telah menyedarkan semua individu bahawa kehidupan adalah tidak menentu dan menegaskan kepentingan untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang dari segi kewangan dalam situasi yang tidak dapat diramal atau kehilangan pencari nafkah dalam keluarga.
"Mempunyai polisi insurans hayat adalah aspek penting sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan kerana ia melindungi anda dan orang tersayang daripada kos membabitkan kemalangan, ketidakupayaan, penyakit dan kematian," kata LIAM kepada Bernama.
Insurans hayat merupakan keperluan berikutan ia membantu sesebuah keluarga untuk mengekalkan gaya hidup sekiranya pencari nafkah meninggal dunia atau mereka hilang upaya kekal yang menyeluruh, sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga.
LIAM turut menyarankan kerajaan agar menyertakan premium insurans perubatan dalam pelepasan cukai sebanyak RM8,000 untuk perbelanjaan perubatan kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak atau meningkatkan pelepasan cukai untuk pendidikan, perubatan dan insurans kesihatan (MHI) serta pelan MHI daripada RM3,000 kepada RM6,000.
Polisi insurans pendidikan adalah penting berikutan ia berperanan sebagai medium simpanan untuk menampung kos pendidikan tinggi, sekali gus membantu keluarga untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.
Menurut laporan, sehingga November 2021, pinjaman pelajar terkumpul berjumlah kira-kira RM40 bilion, yang melibatkan sejuta pelajar.
Berikutan yuran pengajian tinggi yang semakin meningkat, ibu bapa pada masa ini digalakkan mengambil polisi pendidikan sebagai perancangan kewangan untuk membiayai pendidikan anak-anak pada masa depan.
Ketika ini pelepasan cukai sebanyak RM3,000 diberikan kepada pembayar cukai bagi premium insurans yang dibayar untuk polisi perubatan dan polisi pendidikan.
"Kami ingin menegaskan bahawa jumlah ini sememangnya tidak mencukupi dalam kebanyakan situasi kerana kos insurans perubatan bagi purata keluarga yang terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak adalah sekitar RM2,500 setahun.
"Sehubungan itu, hanya RM500 simpanan premium pada setiap tahun untuk keluarga ini menampung polisi pendidikan ketiga-tiga anak dan ia tidak mencukupi.
"Berikutan kepentingan mempunyai insurans kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, pelepasan cukai bagi pelan insurans sedemikian perlu ditingkatkan," menurut LIAM.
Persatuan itu turut berharap agar Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) untuk kumpulan berpendapatan B40 dilanjutkan.
Kerajaan memperkenalkan Program PTV dalam Bajet 2021 untuk menyediakan perlindungan sosial yang lebih baik kepada kumpulan B40.
Melalui program ini, penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diberikan baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang.
Program PTV RM50 berakhir pada Disember 2021 dan digantikan dengan program PTV RM75 yang ditawarkan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Kedua-dua program tersebut menerima sambutan yang amat memberangsangkan.
Sehingga akhir Disember 2021, lebih 1.7 juta baucar bernilai lebih RM85 juta telah ditebus oleh penerima BPR di bawah PTV RM50.
Sementara itu, sehingga 6 Sept, lebih 3.7 juta baucar bernilai lebih RM272 juta telah ditebus oleh penerima BKM di bawah PTV RM75.
"PTV RM75 akan berakhir pada Disember 2022 dan kami berharap agar kerajaan melanjutkannya sehingga 2024," menurut LIAM.
Persatuan itu turut memohon pengecualian cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap Skim Insurans Pekerja Kumpulan.
Di bawah regim cukai sedia ada, premium bagi skim insurans kumpulan adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan, menyebabkan premium lebih mahal dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh sebilangan majikan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Pengecualian cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi skim insurans kumpulan akan mendorong lebih banyak majikan untuk mengambil insurans kumpulan kepada pekerja, memandangkan kemampuan premium merupakan faktor utama bagi pembelian ini.
"Ia juga akan membantu mengurangkan kos operasi perniagaan di samping menggalakkan PKS untuk mengekalkan perlindungan insurans dan mengurangkan beban terhadap sistem penjagaan kesihatan awam," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan akan menaikkan pelepasan cukai individu bagi premium insurans hayat daripada RM3,000 kepada RM5,000 pada pembentangan Bajet 2023 yang akan datang.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.