KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan memberikan moratorium hutang tanpa faedah ke atas semua jenis pinjaman menerusi Bajet 2023.
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, ini kerana Bajet 2023 perlu benar-benar fokus kepada membantu rakyat yang cukup terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
"Moratorium Hutang Tanpa Faedah perlu diberikan ke atas semua jenis pinjaman termasuk kredit kecuali hutang kad kredit di bawah kawalan semua Kementerian bermula daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022.
"Ini sekiranya jumlah hutang pokok keseluruhannya tidak lebih daripada RM1,000,000.00 termasuk mereka yang ada tunggakan melebihi 180 hari," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Majikan untuk tempoh Januari-Disember 2023 sebagai langkah persediaan menghadapi keadaan kemelesetan ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun depan.
Ujarnya, meskipun menyedari langkah itu akan mengurangkan simpanan caruman KWSP pekerja, pertimbangan wajar dibuat demi kelangsungan sektor pekerjaaan dan mengurangkan jumlah pengangguran.
"Sebab itu kita sebut pengurangan KWSP sepanjang 2023 sahaja. Cadangan ini mengambil kira aliran tunai pada masa depan kerana pada 2023 kita jangka akan berlaku cabaran hebat terhadap pekerjaan dan banyak perniagaan akan gulung tikar.
"Jadi kita perlu kurangkan perbelanjaan supaya perniagaan dapat terus bertahan. Apabila perniagaan stabil majikan tidak perlu buang pekerja dan pengangguran di Malaysia tidak meningkat," katanya.
Pada masa sama, MTEM juga mahu kerajaan memberi perhatian terhadap perlindungan daripada kemuflisan dengan mencadangkan Pindaan Seksyen 5(1)a Akta Insolvensi menaikkan had RM100,000 kepada RM1,000,000 bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2025.
"Seksyen 466(1)(a) Akta Syarikat yang sedia ada dipinda daripada RM50,000 (RM10,000 dulu sebelum Covid-19) dipinda dengan menaikkan jumlah kepada RM500,000," ujarnya.
Selain itu, turut dicadangkan agar dasar perolehan kerajaan diberikan untuk Bumiputera sebanyak 90 peratus manakala perolehan GLC sebanyak 50 peratus untuk Bumiputera daripada segi nilai dibawah kerangka Agenda Bumiputera Genuine dalam semua bidang.
MTEM juga mahu peruntukan untuk semua agensi pengupayaan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditambah 30 peratus khusus untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13.
Kerajaan juga dicadang memperuntuk RM200 juga bagi kempen-kempen nasional seperti "Belilah Barangan Malaysia', 'Buy Malaysian First' dan 'Buy Muslim First' sebagai agenda pembangunan rantaian bekalan Bumiputera. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 27 2022

Abdul Halim (dua dari kiri) ketika sidang Akhbar MTEM dan Gabungan NGO Bumiputera di ibu negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Sabtu, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.

Bajet 2023: KBS harap PM beri peruntukan tambahan - Adam Adli
Menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Feb ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

#SuaraMalaysia: 58 peratus tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,244 responden #SuaraMalaysia, didapati 58 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Kerajaan cadang usahakan tanah terbiar untuk pertanian moden - Ahmad Maslan
Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Didapati 59 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.