KUALA LUMPUR: Bajet 2023 memperuntukan sejumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 yang memperuntukan sebanyak RM332 bilion dan Bajet 2021 yang berjumlah RM322 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata belanjawan bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan.
"... RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19, sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.
Tengku Zafrul berkata, Bajet 2023 dipandu oleh 3R - Responsive, Responsible, Reformist (Responsif, Bertanggungjawab, Reformis).
"Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan semua segmen masyarakat," katanya.
Beliau berkata, belanjawan ini juga bertanggungjawab untuk mengimbangi dasar fiskal yang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka panjang.
Bajet ini juga bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis yang mendatang, katanya.
Tengku Zafrul berkata, Bajet 2023 ialah reformis yang mengambil peluang merubah landskap pembangunan negara agar lebih insklusif dan mampan di samping menyokong industri negara yang kukuh melalui pelaburan strategik.
"Bajet ini juga tidaklah dirangka untuk golongan tertentu sahaja, tetapi kesemua buah fikir yang dikumpul, telah teliti dan diadun menjadi satu - ialah sebuah Bajet 2023 hasil ilham Keluarga Malaysia.
"Lebih inisiatif rakyat akan direalisasi sebagai sebahagian usaha holistik yang terkandung di dalam naskhah besar ini, terima kasih kepada semua yang menzahirkan segala idea dan pandangan," katanya.
Beliau berkata, dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang responsif, kerajaan akan terus melaksana dasar fiskal yang mengembang, pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.
Berbekalkan ruang fiskal yang ada, keutamaan Bajet 2023 tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat, katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah (kanan) ketika hadir bagi pembentangan Bajet 2023. - Gambar BERNAMA

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 - Ahmad Maslan
Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

#SuaraMalaysia: Rakyat tunggu pengumuman subsidi dalam Belanjawan 2023
Didapati 59 peratus menyatakan mereka paling menantikan pengumuman berkaitan subsidi.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.