awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 33 mesin bitcoin di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
20/12/2025
13:59 MYT
Polis rampas 33 mesin bitcoin di Pulau Pinang
Operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - Gambar hiasan/Bernama
BUTTERWORTH: Polis merampas 33 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Taman Merbau Butterworth dan Taman Ara Jaya Tasek Gelugor, di sini yang menggunakan sambungan elektrik tidak sah, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata operasi turut dibantu Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Selain mesin bitcoin, serbuan turut merampas pelbagai peralatan berkaitan kegiatan itu termasuk empat router dan seunit modem.
"Dua premis terbabit didapati telah diubah suai untuk mencuri bekalan elektrik namun ketika serbuan tiada pemilik atau penjaga di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata TNB telah memotong bekalan elektrik di dua premis itu dan jumlah rampasan masih dalam penilaian pihak berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#mesin bitcoin
#pulau pinang
#serbuan
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan