awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2022
10:27 MYT
Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hampir RM400 juta diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti, pengangkutan udara dan feri di beberapa negeri. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hampir RM400 juta diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti, pengangkutan udara dan feri di beberapa negeri.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia termasuk peruntukan RM180 juta yang disediakan antara lain bagi menambah baik capaian bas awam untuk penduduk di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
Kerajaan juga katanya, akan menggantikan 18 bas henti-henti kendalian Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk manfaat penduduk di Kedah.
"Secara purata warga Lembah Klang yang menggunakan kemudahan rel dan bas untuk ke tempat kerja perlu berbelanja sekitar RM200 sebulan.
"Bagi mengurangkan kos perjalanan, kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat hampir 180,000 pengguna. Ini bermakna, My50 sebenarnya mensubsidi pengguna sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul kerajaan juga komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta untuk manfaat penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
"Kerajaan juga akan menambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak, dengan membina wheelchair ramp untuk manfaat 2,300 komuniti berkerusi roda yang menggunakan MASWingsc," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Kementerian Pengangkutan
#My50
#Majlis Amanah Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan