Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia dapat membangunkan hubungan yang lebih kukuh dengan industri Britain, terutama dalam Kewangan Islam dan meningkatkan peluang dalam pelaburan patuh Syariah.
"Tahun lepas, kami bersama-sama berjaya membawa Forum Ekonomi Islam Dunia ke London, dan dalam persaingan mesra dan kemakmuran bersama, kami gembira melihat UK memain peranan dalam pasaran kewangan Islam, katanya dalam ucapan pada Ulang tahun Ke-50 Malam Gala Dewan Perniagaan dan Industri Britain (BMCC) di sini pada Khamis.
Perdana Menteri berkata lawatan David Cameron dua tahun lepas juga memberi isyarat permulaan hubungan ekonomi yang kukuh, berasaskan kerjasama politik yang rapat.
"Untuk mengekalkan momentum ini, saya dan Perdana Menteri Cameron berjanji untuk meningkatkan pelaburan dan menggandakan hubungan dagangan dua hala kepada 8bn, kira-kira RM26 bilion menjelang 2016.
"Komitmen ini diperlukan memandangkan hubungan yang sudah lama tidak selari dengan angka perdagangan dua hala kita," katanya.
Selain Kewangan Islam, Najib berkata hubungan dalam sektor pelancongan dengan UK juga tinggi.
"Tahun lepas 'Malaysia Night' menyaksikan Trafalgar Square diselubungi warna Malaysia. Lebih 35,000 pelawat menghadiri acara itu dan, menyedari cita rasa warga Britain, saya rasa sebanyak itulah angka roti canai yang dijual," katanya.
Sempena Tahun Melawat Malaysia, Najib yakin BMCC akan terus memain peranan dalam menggalakkan rakyat Britain mengunjungi Malaysia sama ada untuk perniagaan atau santai.
"Matlamatnya hubungan penduduk-dengan-penduduk yang baik dan memperkaya hubungan ekonomi," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri juga menandatangani Inisiatif Sokongan Dagangan dua hala antara Malaysia dan UK dengan objektif untuk menggalakkan lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengeksport ke Malaysia.
Bidang tumpuan utama menerusi inisiatif itu ialah Inisiatif Rangkaian Perniagaan Luar negara yang dibangunkan untuk memberi bantuan dan perkhidmatan sokongan kepada PKS Britain yang mahu meluaskan operasi ke luar negara.
Najib berkata "Saya bangga Dewan Perniagaan Britain memainkan peranan penting dalam memenuhi komitmen, menjadi rakan tempatan untuk inisiatif rangkaian peniagaan luar negara.
"Sudah banyak kita lalui. Dan Dewan perniagaan Britain Malaysia merupakan rakan yang sangat bermakna, merapatkan hubungan dua negara dengan mengenal pasti pelaung-peluang bersama," katanya.
Bernama
Fri Mar 07 2014
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.