KUALA LUMPUR: Bank-bank kini menyemak semula kadar rujukan mereka selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus daripada 1.75 peratus.
Dalam kenyataan pada Khamis, Affin Bank Bhd menjelaskan Affin Bank, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank menyemak semula kadar rujukan pinjaman/pembiayaan masing-masing dengan kenaikan 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei, 2022.
Selaras dengan semakan itu, Kadar Semasa bagi Deposit Tetap Affin Bank dan Deposit Berjangka-i Affin Islamic Bank juga diselaraskan meningkat mulai 13 Mei.
Menurut Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Bhd pula, kedua-dua bank menyemak semula kadar asas dan kadar asas Islam kepada 2.88 peratus daripada 2.63 peratus.
Pinjaman dan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan Islam akan disemak kepada 5.89 peratus daripada 5.64 peratus, berkuat kuasa 17 Mei, menurut kedua-dua bank itu dalam kenyataan berasingan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata kadar yang disemak itu masih kompetitif untuk pelaburan dan penggunaan dalam merangsangkan ekonomi Malaysia, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peminjam korporat yang ingin mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Dalam kenyataan lain, Bank Islam Malaysia Bhd menjelaskan ia juga menyemak semula kadar asas dan kadar pembiayaan asas sebanyak 25 mata asas kepada 2.77 peratus dan 5.72 peratus, manakala kadar deposit bank itu juga diselaraskan meningkat sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa mulai 17 Mei, 2022.
"Kami menyedari cabaran berterusan yang dihadapi oleh pelanggan dan ingin memastikan bantuan kewangan kami kekal tersedia untuk mereka mendapatkan semula kedudukan kewangan yang kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Muazzam Mohamed.
Sementara itu, Bank Muamalat memaklumkan ia menyemak semula kadar asas dan kadar pembiayaan asas masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.81 peratus daripada 2.56 peratus dan 5.81 peratus berkuat kuasa 13 Mei.
Sejajar dengan kenaikan kadar asas dan kadar pembiayaan asas, bank turut menyemak semula kadar deposit Akaun Berjangka Tetap-i sebanyak 25 mata asas.
Sementara itu, Public Bank Bhd akan menaikkan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 13 Mei, 2022.
Susulan itu, kadar asas akan berada pada 2.52 peratus daripada 2.27 peratus dan kadar pinjaman asas/kadar pembiayaan asas akan berada pada 5.72 peratus daripada 5.47 peratus," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan dinaikkan dengan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus bagi semua tempoh, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Bernama
Thu May 12 2022

Semakan semula kadar rujukan dibuat selaras dengan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus pada Rabu. - Gambar fail

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong minat belian
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4410/4440 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada paras 4.4545/4570.

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022 daripada AS$107 bilion dicatatkan pada 15 Julai, 2022.

BNM: Sistem perbankan Malaysia terus mengekalkan mudah tunai yang sihat
Dalam laporan sorotan bulanan Jun 2022 yang dikeluarkan hari ini, BNM berkata nisbah pinjaman kepada dana kekal stabil pada 81.8 peratus bagi bulan berkenaan.

Aset Rizab Rasmi Malaysia berjumlah AS$109.02 bilion pada akhir Jun 2022
Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing akan matang berjumlah AS$8.15 bilion.

IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia kepada 5.1 peratus
Unjuran terkini IMF itu lebih rendah daripada unjuran julat pertumbuhan KDNK BNM sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022.

Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.

Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada AS$107.0 bilion setakat 15 Julai
Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Firma insurans asing dilaporkan diberi tempoh hingga akhir 2023 patuhi had pemilikan ekuiti
Firma yang tidak patuh had pemilikan pada tarikh tutup ditetapkan perlu bayar kepada Dana Perlindungan Kesihatan B40.

Pentingnya ekonomi kecil, amat terbuka ada pembayaran rentas sempadan - Gabenor BNM
Bank pusat kini meneruskan pelbagai usaha di banyak peringkat seperti memautkan sistem pembayaran pantasnya, DuitNow, dengan negara-negara jiran ASEAN.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS kembali mendapat momentum pada Selasa selepas senarai gaji bukan ladang AS mencapai lebih daripada jangkaan pada Jun.