awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Indonesia dijangka naik kadar OPR pada 4.25 peratus - RHB Research

Bernama
Bernama
01/09/2022
21:00 MYT
Bank Indonesia dijangka naik kadar OPR pada 4.25 peratus - RHB Research
Firma penyelidikan itu berkata inflasi teras Indonesia pada Ogos telah melepasi 3.0 peratus, kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun. - Gambar hiasan
JAKARTA: RHB Research meramalkan Bank Indonesia akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 4.25 peratus pada separuh kedua tahun ini, naik lebih banyak berbanding unjuran awal 4.0 peratus berikutan jangkaan inflasi yang lebih tinggi.
Dalam nota strategi ekonomi dan pasaran globalnya semalam, firma penyelidikan itu berkata inflasi teras pada Ogos telah melepasi 3.0 peratus, kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun.
Penggubal undang-undang telah menyebut bahawa harga bahan api bersubsidi mungkin bertambah antara 30 dan 40 peratus daripada harga Pertalite semasa sebanyak 7,650 rupiah seliter.
Oleh itu, inflasi utama boleh melepasi 7.0 peratus daripada unjuran semasa 5.0 peratus, sekiranya harga bahan api meningkat dalam jajaran itu.
"Ini seterusnya mencerminkan bahawa kenaikan kadar selanjutnya kepada 4.25 peratus mungkin diperlukan bagi mengekang harga pengguna menjadi lebih tinggi," kata ahli ekonomi kanan RHB Bank, Barnabas Gan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kadar OPR
#4 25 peratus
#ekonomi Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan