awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
PDRM, polis Australia gagalkan cubaan seludup heroin, MDMA bernilai RM80.3 juta
SPRM tahan enam pemilik syarikat, beku akaun RM7.2 juta kes e-sisa - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Negara kekal OPR pada 3.25 peratus

Media Statement
Media Statement
19/05/2016
10:00 MYT
Bank Negara kekal OPR pada 3.25 peratus
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus. - Gambar fail
Berikut adalah kenyataan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan hari ini:
Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.
Ekonomi global, merentas ekonomi maju utama dan sedang pesat membangun, terus berkembang walaupun pada kadar yang lebih sederhana pada suku pertama 2016. Di Asia, permintaan dalam negeri kekal sebagai penyumbang utama pertumbuhan dalam keadaan sektor luaran yang terus lemah. Keadaan turun naik pasaran kewangan antarabangsa telah reda dan sentimen pelabur bertambah baik, walaupun keadaan ini turut terdedah kepada perkembangan dasar dan pasaran. Isu struktural dan pekembangan geopolitik akan terus mengekang pertumbuhan ekonomi global pada masa akan datang meskipun keadaan monetari amat akomodatif.
Bagi Malaysia, pertumbuhan menjadi sederhana sedikit pada suku pertama tahun ini sejajar dengan jangkaan awal. Aktiviti ekonomi pada masa akan datang dijangka bertambah baik, dengan permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu pertumbuhan utama. Penggunaan swasta dijangka terus berkembang, disokong oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan, serta pendapatan boleh guna tambahan berikutan langkah-langkah yang diumumkan semasa Pengubahsuaian Bajet 2016. Sungguhpun pertumbuhan pelaburan swasta menjadi sederhana disebabkan pelaburan yang lebih rendah oleh industri minyak dan gas serta sektor komoditi, aktiviti pelaburan keseluruhan akan terus disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur dan perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sektor luaran akan terus dikekang oleh persekitaran luaran yang lemah. Oleh itu, prospek pertumbuhan ekonomi dijangka berkembang antara 4% hingga 4.5% pada tahun 2016.
Purata inflasi pada suku pertama 2016 ialah 3.4% dan trend ini dijangka lebih rendah untuk baki tempoh tahun ini disebabkan oleh harga tenaga dan komoditi yang rendah dan inflasi global yang pada amnya lemah.
Keadaan kewangan domestik keseluruhan kekal stabil. Sistem kewangan terus utuh dengan mudah tunai yang meningkat dalam sistem kewangan domestik, pasaran kewangan dan pertukaran asing yang terus berfungsi dengan teratur dan institusi kewangan yang beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh. Pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta adalah konsisten dengan kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi dan keadaan pembiayaan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.
Pada kadar semasa OPR ini, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi. MPC menyedari bahawa terdapat risiko dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global dan sedang memantau dengan rapi serta menilai implikasinya terhadap kestabilan harga dan pertumbuhan dalam negeri. Ini bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan pertumbuhan ekonomi Malaysian yang mampan.
MPC turut membuat keputusan untuk menyiarkan Pernyataan Dasar Monetari pada masa akan datang pada pukul 3.00 petang hari kedua mesyuarat MPC.
Bank Negara Malaysia
Topic Berkaitan
#dasar monetari
#kadar dasar semalaman
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan